Foto: Penulis sedang mendeklamasikan sebuah sajak berjudul "SETEGUK DARAH SECANGKIR KOPI" karya Rusnah Abu Samah, Presiden BERSAMA dalam Majlis FORUM BICARA AD-DEEN RADIO IKIM.fm.
Tahniah di atas kejayaan penganjuran KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS di Dewan Merdeka PWTC pada hari Sabtu 9 Mei 2009 anjuran AMAN PALESTIN BERHAD dan PERSATUAN BELIA ISLAM NASIOBAL (PEMBINA). 3000 orang peserta hadir. Dewan Merdeka penuh sesak. Yuran masuk RM 10.
Di luar dewan pameran sangat informatif. Kempen untuk mendaftarkan sukarelawan oleh PEMBINA juga mendapat sambutan yang sangat baik. Kami (saya, Pn. Rusnah dan Muhammad Thoriq) turut mendaftar. Jualan barang cenderahati, VCD, pakaian, selendang Palestin dan buku-buku amat menggalakkan. Aras 3 dan 4 PWTC dipenuhi sukarelawan.
Perasmian disempurnakan oleh Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Bhd dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Pembentang Kertas Kerja 1: Dr. Roslan Mohd Nor bertajuk Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel.
Pembentang Kertas Kerja ke-2 & ke-4: Dr. Azzam al-Tamimiy bertajuk Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis Terhadap Dunia Sejagat dan Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis.
Pembentang Kertas Kerja ke-3 & ke-5: Dr. Mohsen Salleh bertajuk Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropogandakan dan Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini.
Penutup oleh Dr. Kamil Azmi Tohirin, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).
Kami ke persidangan untuk bertemu dua orang putera kami; Muhammad Ammar Yassar (Abot) (15) dan Muhammad Salman al-Farisi (Bang Cik) (18) yang datang dari Kuantan untuk mengikuti persidangan tersebut dengan rombongan basnya.
Foto: MAJLIS FORUM BICARA AD-DEEN RADIO IKIM .fm bertemakan "SELAMATKAN BUMI ANBIA"di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih. Ahli Panel dari kiri: Ir. Ahmad Jais Alias (Pengarah Radio IKIM.fm.), Ustaz Haris Haslam Ismail (Penulis buku GAZA MENANGIS), Prof Madya Dr. Hafizi Mohd Nor (PEACE - UPM) dan moderator Ustaz Mahathir Shaharudin. Majlis anjuran PERSATUAN BELIA SRI AL AIN (BERSAMA).
Mengingat penganjur Aman Palestin Berrhad dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) saya menghantar SMS kepada putera sulung kami, Muhammad Lukman al-Hakim (26) kerana setahu saya dia suami isteri bergiat dengan kedua-dua NGO tersebut.
"Di mana?" Tanya saya rengkas.
"PWTC" Jawabnya rengkas juga.
Sah. Anak bapak. "Kak Yong pun ada di sini." Sambungnya, merujuk kepada anak sulung kami, Nurdina (29).
"Datang sekali ke?"
"Tak. Kak Yong datang sendiri dari Putrajaya. Lukman datang dengan Hidayah." Merujuk kepada menantu kami. Mereka tinggal di Melaka.
Tiba-tiba Abot menyampuk,"Abang Uje pun ada di sini." Merujuk kepada Muhammad Uzair Izzart Amer (19), seorang lagi putera kami yang sedang menuntut di UIAM. "Dia mengetuai rombongan 2 buah bas." Sambung Abot.
"Hai, nampak lengkap anak-menantu adik-beradik di sini." Getus hati saya. Semuanya ada 9 orang.
Malangnya kerana kesuntukan masa kami tidak dapat duduk semeja. Apa pun saya bersyukur ke-hadrat Allah SWT yang telah memberi Taufik dan Hidayah kepada semua anak-anak saya bergiat dengan aktiviti yang berfaedah untuk agama, Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan