Foto: Antara rutin mingguan yang padat terutama menjelang musim cuti sekolah: Sedang memberi training kepada peserta KEM TAHFIZ AL-QURAN 30 HARI di SURAU AN-NUR, BANDAR BARU BANGI
Minggu ini aku menghadapi hari-hari biasa rutin kehidupan yang agak padat. Aku sangat teruja dan pasrah dengan tenaga dan kekuatan yang dianugerahkan Allah SWT kepadaku di mana tiada kuasa lain yang mampu memberikan kekuatan seperti ini. Cuba bayangkan:
4 Jun (Khamis) 10 malam bertolak ke Morib. Sampai jam 12.30 tengah malam dan menginap di Kem el-Azzhar setelah tersasar ke Bagan Lalang (ingatkan Kem el-Azzhar di Bagan lalang!).
5 Jun (Jumaat) 8 pagi -12 tgh. di Kem el-Azzhar, Morib mengendalikan KEM PELAJAR CEMERLANG KOPERASI ANGKASA untuk 90 orang siswa siswi tahun 1 -4 universiti tempatan.
Selesai jam 12 tengahari bergegas makan tengah hari di kem dan terus memecut ke Hulu Langat. Singgah solat Jumaat di Bangi.
5 Jun (Jumaat) 2.30 ptg - 7.00 malam di Nur Lembah Pongsun Eco Resort, Hulu Langat mengendalikan KEM PERKASA DIRI ANAK PEGAWAI BERNAS anjuran FITRAH PERKASA.
6 Jun (Sabtu) 9.00 pagi hingga 3 petang ada kerja projek NGO Kemboja dan Dakwah Orang Asli untuk memulihkan mereka yang murtad. Lepas kerja terus ke Negeri Sembilan untuk membuat liputan berjumpa dengan waris Lebai Kasim (moyang) di Kampung Nerambai, Lubuk China dalam rangka menyiapkan sebuah novel "LAYAR".
7 Jun (Ahad) makan durian kampung di rumah mak. Lepas makan durian terus ke Majlis Perkahwinan anak kenalan lama Ramly Mokni atau Ramly Burger SITI HAZURA yang juga merupakan bekas anak didik.
7 Jun (Ahad) petang shot ke Ipoh, urusan keluarga.
8 Jun (Isnin) bertolak dari Ipoh jam 7 pagi untuk masuk pejabat sebelum 9 jam pagi.
7.00 pagi bertolak ke Hulu Langat.
9 Jun (Selasa) 8.30 - 12.30 tgh.di Nur Lembah Pongsun, Hulu Langat mengendalikan KEM PERKASA DIRI ANAK AHLI BERNAS. Jam 2 ptg. berkejar ke TELAGA BIRU untuk makan tengah hari dan mesyuarat dengan DATO HAJI MOHD FADZILAH KAMSAH untuk merancang satu projek baru. Selesai 5.30 petang.
10 Jun (Rabu) 10 - 12 tengah hari - Pengambaran membedah dua buah buku di TELAGA BIRU oleh rancangan HIDAYAH TV3: Buku pertama KELUARKAN SINGA DARIPADA DIRI ANDA karya sendiri dan buku kedua SYABAB MUSAFIR KASIH karya FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN di mana saya selaku Managing Editor. Lepas pejabat terus ke LCCT untuk ke Sarawak mengejar penerbangan Air Asia 8.30 malam.
11 Jun (Khamis) 8.30 - 4.00 ptg. di UiTM, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak mengendalikan KEM PERKASA DIRI ANAK PEGAWAI BERNAS. Tak sempat tengok bandar Kucing pun sampaikan bekalan ikan terubuk Sarawak pun dibeli oleh abang driver.
12 Jun (Jumaat) 10 pagi - 12.30 tengah hari: Mempengerusikan mesyuarat Jabatan Penerbitan TELAGA BIRU yang turut dihadiri MD Haji Waharp Yusof dan ED Haji Zahazan Mohamed.
13 Jun (Sabtu) pagi 10 hingga 3.30 petang perjumpaan alumni dan fasilitator NGO Aceh dan Kemboja.
8.00 - 10.00 malam di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi sebagai ahli panel FORUM TARBIAH: ANAK SOLEH TITIAN KE SYURGA bersama Ustaz Zamri Zainal Abidin dari Radio IKIM.fm. Moderator: Haji Ghazali dari Surau An-Nur.
14 Jun (Ahad): Last day cuti sekolah 2 minggu. Pagi ada pertemuan dengan seorang penulis blog yang akan menerbitkan sebuah buku CETUSAN MINDA SEORANG REMAJA. Tengah hari menghadiri majlis perkahwinan anak seorang sahabat lama saudara Abu Bakar Md. Din di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.
Petang, menguruskan 3 orang anak-anak yang akan pulang ke asrama; seorang di Sek. Agama Menengah Batu 10 (SAMTEN), Hulu Langat dan dua orang lagi perlu dihantar ke Kuantan di Sek. Menengah Agama Islam al-Irsyad.
Sedangkan pagi esok 15 Jun (Isnin) 9.00 pagi harus masuk pejabat. Ohh... satu minggu yang padat!
barakallahu fik
BalasPadamSalam Ustaz..
BalasPadamSaya berminat untuk menghantar anak saya ke Kem Tahfiz di Surau An Nur di B.B.Bangi.Bagaimana untuk menyertainya?