Selasa, 24 Februari 2009

COACHING dan MENTORING

(Foto: Memberi 'Coaching' kepada pelajar
di Sek. Men. Chenor, Pahang Darul Makmur)


Anda pernah dengar 'COACHING' atau 'COACH'?
Coaching ialah 'melatih' atau 'mengajar'. Coach ialah 'pelatih' atau 'pengajar'.

Anda pernah dengar 'MENTORING' atau 'MENTOR'?
Mentoring ialah 'menasihat'. Mentor ialah 'penasihat'. Lawannya 'MENTEE' atau 'PROTEGE' iaitu 'orang yang dinasihati'.

Apa beza 'COACHING' dengan 'MENTORING'?

Dalam 'coaching' anda disuruh arah. Coach cuba mendidik dan membentuk diri anda.

Dalam 'mentoring' anda mengeluarkan potensi dari diri anda sendiri. Mentor cuma memandu atau mencadangkan kepada anda. Kita mencari jawapan sendiri. Kita membuat pengakuan dan berjanji dengan diri sendiri.

Dalam 'coaching' jurulatih menyuruh anda berbuat sesuatu, kita tidak ada pilihan: mahu tak mahu kita kena buat. Jika tidak kita kena marah dan kena hukum atau denda. Kita tidak ada pilihan untuk tidak bersetuju atau membangkang. Kadang-kadang kita terpaksa bersetuju. Kita buat dengan hati yang berat. Jasmani kita atau badan fizikal kita melakukannya dengan susah payah. Kita cepat letih. Kita juga cepat lupa. Cepat bosan.

Dalam 'mentoring' kita membuat pengakuan apa yang kita hendak. Setinggi mana impian kita. Kita letakkan sasaran kita. Kita mencari jalan bagaimana mencapainya. Mentor akan bertanya,"Bagaimana kamu nak mencapainya?". Kita jawab sendiri kemampuan kita. Antara 0-10 berapa anda beri diri anda grade.

Sebelum masuk tidur malam cuba bayangkan apa yang anda hendak lakukan keesokkan hari? Tidurlah awal dengan aman. Dan ketika bangun tidur keesokan hari, apa rasa anda? Adakah anda berasa perubahan terhadap semangat dan motivasi diri anda?

Apakah anda telah mendapat jawapan terhadap bagaimana anda hendak mencapai sasaran anda? Antara 0-10 berapa anda anugerah diri anda pada pagi tersebut? Apakah:
  • Lebih baik?
  • Sama sahaja?
  • Lebih rendah?
dari semalam. Mulailah hari anda untuk mencapai sasaran anda.

(Foto: Penulis (berdiri, bertopi) mengendalikan sesi 'mentoring'
kepada Lembaga Pengarah, eksekutif dan ahli keluarga
syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd.
di Kuala Sungai Baru, Melaka)



Sekarang anda telah faham perbezaan antara Coaching dan Mentoring?
  • Mentoring menumpu kepada individu. Coaching menumpu kepada pelaksanaan misi.
  • Mentoring ialah fasilitator tanpa agenda. Coaching ada agenda khas.
  • Mentoring memilih diri sendiri. Coaching dengan tugasan.
  • Mentoring menerima nilai. Coaching menerima kedudukan.
  • Mentoring seluas kehidupan. Coaching hanya berkaitan tugas.
  • Mentoring pengesahan atau pembelajaran. Coaching kerja kumpulan atau pelaksanaan.
Inilah yang saya dapat daripada Encik Shaker Mustafa FinstPM, seorang Performance Consultant dan Certified Professional Executive Master Coach Manager dari Shaker Sdn Bhd yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Beliau datang bertemu saya di pejabat untuk menerbitkan buku terbarunya "COACHING DAN MENTORING DI PEJABAT".

Sebagai seorang editor dan penerbit, saya ditanya apakah impian saya dalam kerjaya. Saya jawab ada tiga:

1. Menerbitkan buku tahap 'world class.'
2. 'Kesilapan sifar' bagi semua buku yang saya terbitkan walaupun satu titik.
3. Menjadi 'market leader' dalam masa dua tahun lagi.

Beliau seterusnya bertanya, "Bagaimana saya hendak mencapai sasaran itu?"

Kata saya, 3 cara:

1. Menghadiri ekspo buku antarabangsa atau kursus profesional di luar negara.
2. Meng'duplikat' diri saya menjadi 3 atau 4 atau 5 orang "Haji Muhammad Zakaria."
3. Menguatkan 'team work - kumpulan kerja', di kalangan tenaga pengeluaran dan pemasaran.

Tanpa saya sedari beliau telah memulakan sesi mentoring terhadap saya. Dia bertanya,"Antara 0-10 berapa grade yang saya beri terhadap diri saya sekarang?"

"6.5"

Esoknya saya 'on the air' di TV3 jam 7.30 pagi. Isu: "GAWAT EKONOMI GAWAT KELUARGA." Keluar sahaja dari studio di One Utama saya terima satu SMS:

"Shaker di sini, Master Coach. Wah bukan main handsome lagi. Tuan Haji jawap tepat dan padat apa yang Ally tanya. Berapa grade yang tuan Haji beri pada diri Tuan Haji waktu bangun pagi tadi?"

"7.5"

Shaker membalas:

"Tahniah. Ada peningkatan (dari 6.5)"

Petang itu kami berjumpa lagi di sebuah restoran mamak di Ampang Point untuk sesi mentoring selanjutnya. Encik Shaker datang dengan seorang kawannya, juga seorang coach, menaiki Mercedes 280S hitamnya.

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan,

    Sejak saya buka blog Tuan ini sejak 5 hari lalu, saya rasa sungguh bersemangat dan rasa kagum dengan kejayaan Tuan.Kalau boleh saya juga ingin menempa kejayaan2 seperti yang Tuan peroleh.

    Saya ingin belajar dengan Tuan dengan lebih dekat lagi bagaimana untuk memanfaatkan diri saya dengan lebih optimum.

    Saya memang amat sukakan bidang motivasi Islam dan sukarelawan.Terima Kasih atas segala perkongsian Tuan dalam blog ini.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Saya sedang mencari maklumat tentang Dr Shaker, dan carian di internet membawa saya ke blog ini. Saya rasa saya terkeliru dengan maklumat mentor dan coach kerana apa yang saya pelajari dengan dr shaker (beliau merupakan pensyarah saya)adalah sebaliknya, iaitu maklumat tentang coach itu adalah mentor dan fakta tentang mentor itu adalah coach. Wallahua'lam.

    BalasPadam
  3. Saya juga pernah menghadiri ceramah Dr Shaker. Apa yang Tuan Haji cakap di sini agak berbeza. Harap dapat clarify.

    BalasPadam
  4. Saya pernah hadiri kursus di IAB tentang Coaching dan Mentoring, tp apa yg tuan terangkan terbalik dari aoa yg saya dapat dalam kursus tersebut.... mohon pencerahan

    BalasPadam
  5. Assalamu alikum, saya Rosli bin Abd. Rani, pernah menghadiri kursus Coaching dan Mentoring di AIB, Genting Highland, apa yang saya dapat dlm kursus tersebut terbalik drpd yg tuan hj. jelaskan ttg coaching dan mentoring.... pohon pencerahan..

    BalasPadam