Anda juga berasa:
"Aku bukan menyusahkan orang."
"Aku tidak mengambil hak orang."
"Aku bukan nak menipu orang lain."
Benar, tanpa anda sedari sebenarnya anda:
"Menyusahkan orang berfikir kerana bertindak balas lain daripada yang sepatutnya kerana anda."
"Anda mengurangkan keyakinan orang terhadap anda."
"Anda menipu diri anda sendiri."
Hukuman kepad orang yang suka berbohong:
- Cepat tua - wajah kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
- Hilang keberkatan usia dan rezeki.
- Hilang seri muka.
- Kurang daya tahan mental.
- Lemah fizikal dan mudah dapat penyakit.
- Tidak mahu melihat atau bertentang mata dengan kita.
- Lambat menjawab soalan kita.
- Berfikir sebelum menjawab.
- Tergagap-gagap memberi alasan.
- Teragak-agak menjawab fakta.
- Berbuat lain dari apa yang dikatakan.
- Melindungi kelemahan diri lantas menyalahkan orang lain seperti apabila lambat ke pejabat dikatakan traffic jam.
- Ingin menonjolkan diri lantas mencipta cerita yang bukan-bukan.
- Mendapatkan habuan material seperti membuat tuntutan palsu daripada majikan.
- Tabiat dari kecil yang terasuh akibat melihat orang yang terhampir seperti ibu bapa atau pengasuh sering berbohong.
- Melaga-lagakan dua pihak.
- Mengadu domba.
- Menjatuhkan orang yang baik dan menaikkan orang yang tidak layak.
- Menzalimi pekerja atau orang bawahan.
- Untuk melepaskan diri dari penzaliman, penyiksaan, murtad dan pembunuhan.
- Strategi peperangan untuk mempertahankan agama Islam.
- Mendamaikan dua pihak yang bermusuhan.
Ceritalah dan jawablah perkara sebenar walaupun pahit untuk ditelan. Anda tidak akan rugi. Jangka panjang orang akan lebih mempercayai anda. Anda tidak perlu untuk mereka-reka sebab. Dengan tidak berbohong anda sedang menanam sifat "ikhlas" dalam jiwa anda. Orang yang ikhlas tidak dapat ditipu oleh syaitan.
Dengan tidak berbohong anda akan menjadi lebih produktif. Minda anda akan menjadi lebih cerah. Begitu juga seri wajah anda. Tenaga kerja anda akan meningkat berkali ganda kerana tidak lagi digunakan untuk mereka-reka helah atau mencari sebab yang tidak wujud.
Sifat Mazmumah
Berbohong ialah sifat mazmumah yang dibenci Tuhan. Orang yang berbohong akan menerima balasan di akhirat. Ingat: Ketika berbohong seluruh isi alam sedang mentertawakan anda kerana mereka tahu anda sedang berbohong. Di akhirat nanti mereka akan menjadi saksi. Sampaikan panca indera kita sendiri menjadi saksi pembohongan kita. Betapa tidak, ketika anda berbohong, kadang-kadang anak-anak kecil pun tahu anda berbohong! Malunya.
Anda masih mahu berbohong dengan manusia? Sedangkan berbohong dengan haiwan misalnya memperolok-olokkannya dengan memberi makanan kemudian tidak memberinya atau memberi makanan palsu dan sebagainya, dilarang Tuhan! Inikan pula berbohong dengan manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan