Bekerja pada bulan Ramadan bagi saya lebih:
- Selesa.
- Laju.
- Lancar.
- Berkembang.
- Segar.
- Produktif.
- Meletihan.
- Mengantuk kerana kena bangun sahur.
- Membosankan.
- Tidak produktif.
- Tidak banyak progres yang boleh dibuat.
- Kurang bersemangat.
- Semua orang nak balik cepat.
- Kita boleh datang lebih awal ke pejabat kerana tidak perlu tidur selepas makan sahur sebaliknya pergi berjemaah di masjid atau surau berhampiran. Ini akan memberi tenaga dan semangat baru untuk kita memulakan hari.
- Tidak akan berlaku bangun lewat dalam bulan Ramadan ini.
- Kita makan sahur jam 5.00 hingga 5.30 pagi. Ketika memulakan kerja di pejabat kita tidak akan mengantuk lagi kerana makanan telah 3 hingga 4 jam terhadam. Sebaliknya kita memiliki penuh tenaga untuk bekerja dengan produktif.
- Tidak perlu rehat pukul 10.
- Tidak perlu keluar pejabat untuk hisap rokok (bagi yang merokok).
- Tidak perlu keluar makan tengahari. Tidak ada masalah mencari tempat makan, mencari tempat parking, memilih makanan, mengunyah makanan, memilih minuman dan pergi ke tandas selepas makan.
- Kita dapat menumpukan masa yang lebih untuk solat berjemaah di masjid berhampiran atau surau pejabat. Ini boleh memberi semangat untuk bekerja dengan lebih gigih pada sebelah petang.
- Kita mungkin ada sedikit masa waktu rehat tengah hari untuk membaca al-Quran barang semuka dua. Ini akan menjernihkan fikiran dan hati kita untuk jam-jam berikutnya.
- Tidak perlu minum petang.
- Jam bekerja menjadi lebih panjang dan produktif.
- Sesi petang tidak menyebabkan kita mengantuk seperti lazimnya bulan-bulan biasa.
- Kita menghadkan bergurau senda dan bertepuk bertampar dengan rakan sepejabat terutama yang berlainan jantina kerana ada rasa segan dengan bulan Ramadan.
- Yang biasa mencarut pun mungkin akan terbantut untuk mencarut.
- Apakah bulan Ramadan juga akan mengurangkan aktiviti menipu majikan, curi tulang, berbohong, membuat tuntutan palsu, rasuah dan sebagainya.
- Latihan untuk menyiapkan kerja dengan lebih cekap dan pantas kerana lazimnya waktu pejabat dipendekkan dan waktu pulang dicepatkan.
- Tidak perlu membawa tetamu untuk refreshment.
- Sebelah petang selalunya kita dapat bekerja dengan lebih berkesan kerana perut kosong. Pancaindera lebih pantas bergerak. Badan lebih ringan.
- Abaikan rasa letih, lapar dan dahaga.
- Jadikan sebulan Ramadan ini latihan untuk berhenti merokok bagi anda yang merokok kerana anda telah buktikan yang diri anda boleh tidak merokok selama 14 jam.
- Ingat sejarah yang mengajar kita bahawa kebanyakan peperangan Rasulullah SAW berlaku dalam bulan Ramadan dan Baginda beroleh kemenangan.
Ada orang yang komplen yang mereka kurang makan
dalam bulan Ramadan. Ini tidak benar sama sekali kerana:
- Makan tengah hari anda gantikan dengan bersahur.
- Sarapan pagi anda gantikan dengan berbuka.
- Minum pukul 10 atau minum petang anda gantikan dengan makan selepas more.
Akhirnya dalam bulan Ramadan anda akan mendapat banyak kelebihan yang anda tidak dapat dalam bulan-bulan lain:
- Solat Subuh berjemaah di surau atau masjid.
- Peluang membaca al-Quran waktu tengah hari atau malam sebelum tidur.
- Berhimpun dengan keluarga ketika bersahur dan berbuka.
- Solat Tarawih dan Witir berjemaah dengan anak-anak dan keluarga.
- Kemeriahan membeli kueh sebelum berbuka.
- Menguji ketabahan ketika mahu makan sahur.
- Berlumba-lumba untuk bertadarus dengan matlamat mengkhatamkan al-Quran paling kurang sekali khat
am dalam sebulan.
- Meninjau kemunculan malam Lailatul Qadar.
- Menyertai iktikaf dan qiamulail di masjid terutama pada 10 malam terakhir.
- Menanti datangnya malam raya yang merupakan malam kemenangan yang diisytiharkan melalui takbir hingga selesai solat sunat Aidilfitri.