Foto: Ketika mengikuti kem atau kursus seperti peserta PLKN ini, anda dilatih untuk bangun awal dan ada latihan jasmani pada waktu pagi. Mengapa bila kembali ke rumah, anda tidak upaya mendisiplinkan diri anda untuk mengekalkan rutin ini?KRONOLOGI PAGI
Jadikan kronologi pagi ini amalan hidup anda. Kronologi bukan untuk orang yang makan gaji sahaja. Kalau anda bekerja sendiri, anda harus lebih berdisiplin:
- Bangun awal, selewat-lewatnya 5.30 pagi tanpa prejudis pukul berapa anda tidur malam tadi. Kalau tak boleh juga bangun 5.30 pagi, esok tidurlah lebih awal.
- Menyucikan diri termasuk bercukur atau trim.
- Solat berjemaah di surau atau masjid berhampiran. Setidak-tidaknya solat berjemaah di rumah bersama isteri dan anak-anak.
- Membaca al-Quran dan terjemahannya, sebaiknya berjemaah.
- Membaca sedikit bahan dari buku pilihan sebaiknya dalam kumpulan usrah.
- Bersarapan bersama keluarga.
- Berpakaian dengan sempurna walaupun anda bekerja sendiri. Jangan ada bahagian pakaian dan eksesori yang cacat.
- Sampai 10 minit sebelum waktu pejabat yang ditetapkan.
FOKUS KERJA ANDA UNTUK HARI INI:
- Kemaskan work station atau meja kerja anda sebelum memulakan kerja pada hari ini.
- Buat lis THINGS TO DO TODAY. Sebaiknya sudah dibuat 10 minit sebelum menamatkan kerja semalam.
- Apa tugasan semalam yang belum disempurnakan?
- Apa pula sasaran anda hari ini?
- Buat kerja yang susah dahulu.
- Sediakan dua jenis kerja serentak:1. Kerja utama. 2. Kerja sokongan yang dilakukan apabila anda letih atau mengantuk.
- Buat panggilan telefon awal supaya orang boleh bertindak.
- Bincang kerja dan sasaran hari ini dengan team anda.
- Buat kerja dengan laju dan tangkas tetapi efisien dan tepat.
- Membaca akhbar. Bacalah akhbar pada waktu rehat jam 10 atau rehat tengahari.
- Berchatting.
- Bercinta di pejabat.
- Minum pagi selepas clock in. (Saya rela dapat merah kerana bersarapan dahulu).
- Berborak sementara bos sampai.
- Bertandang ke work station orang lain. Orang baik melayan anda dalam terpaksa.
- Sering ke bilik air. Kalau anda ada masalah penghadaman, tukar rutin pemakanan.
- Terganggu dengan pelbagai masalah keluarga dan peribadi ketika hendak memulakan kerja.
- Tidak menunggu-nunggu jarum jam menunjukkan pukul 1. Sebaliknya biarkan tidak sedar jam sudah pukul 1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan