APA ITU POTENSI DIRI?
Potensi diri ialah tenaga pendam yang mempunyai kekuatan untuk bertindak yang ada dalam diri anda. Ia ialah kekuatan jiwa, roh, nyawa dan minda anda. Cuba anda lihat air terjun yang tinggi. Lagi tinggi jarak air itu jatuh lagi kuat potensi air itu menghasilkan kesan. Potensi diri sentiasa ada dalam diri seseorang, cuma kekuatannya berbeza-beza.
BAGAIMANA MENGELUARKAN POTENSI DIRI?
- Tingkatkan keinginan.
- Wujudkan pemangkin (catalyst).
- Wujudkan cabaran.
- Belajar dari pengalaman.
- Ikuti latihan / kemahiran.
Foto: Bersama al-Ustaz Abdullah Abdul Wahab al-Hafiz, sukarelawan saya di tingkat atas pejabat beliau di Banda Aceh - kawasan tsunami yang telah dibangunkan semula. Di samping mengusahakan kilang tawas, beliau juga membekalkan komputer di Aceh. Bagi saya beliau mempunyai potensi diri yang begitu tinggi, sebab itu beliau berjaya dari seorang hafiz sekarang menjadi seorang usahawan yang berjaya.
APAKAH HALANGAN MEMBANGUNKAN POTENSI DIRI?
- Tindakan terlalu perlahan / lambat.
- Hasutan syaitan.
- Dorongan nafsu.
- Sudah berada di dalam zon selesa.
- Berpuas hati dengan pencapaian sekarang atau dengan apa yang ada.
- Kecewa atau putus asa.
Potensi diri yang negatif seperti enjin jet pesawat yang di'reverse'kan ketika pesawat hendak memperlahankan momentum pesawat setelah mendarat. Kesannya ialah kuasa negatif. Diri kita akan terbantut.
Potensi diri yang negatif ini yang membuatkan orang berani membunuh diri. Ini berlawanan dengan orang yang berani mencipta rekod kerana dia menambah potensi diri dengan menambah risiko.
BAGAIMANA MEMBANGUN POTENSI DIRI PADA KANAK-KANAK?
- Cungkil (stimulate).
- Melalui pergerakan kognitif.
- Ajar menghadapi kesusahan.
- Tunjukkan contoh orang yang telah berjaya.
- Wujudkan cabaran.
- Wujudkan aktiviti untuk menggerakkan panca inderanya.
- Bagi tugasan (tasks).
- Puji sedikit apabila dia menunjukkan kecemerlangan.
Foto: Anak-anak di Masjid Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan ini memang mempunyai potensi diri yang tinggi untuk dicungkil dan dibangunkan. (Singgah sebentar Mac 2009 dalam lawatan ke Kelantan.)
BAGAIMANA MEMBANGUN POTENSI DIRI DI KALANGAN PEKERJA?
- Anggap perusahaan itu kepunyaan sendiri.
- Tajamkan pemerhatian minda dan panca indera.
- Tingkatkan motivasi.
- Jelaskan hala tuju / sasaran.
- Beri hadiah, bonus, kenaikan, anugerah dan penghargaan.
- Jika terpaksa beri tekanan.
- Tingkatkan takah perbezaan (increase the potential).
- Ajak orang lain menyertai aktiviti kita (berjemaah).
- Kuat dan stabilkan asas atau tapak diri seperti berdirinya sebuah piramid.
- Tambah ilmu.
- Tambah keyakinan diri.
- Tingkatkan kemahiran.
- Lebih banyak memberi daripada menerima.
- Eksplorasi hobi baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan