Selasa, 11 Mei 2010

SOLAT DALAM TANDAS

Aku rasa pelik anak-anak remaja sekarang tidak mahu solat. Apa kemungkinannya?
  • Mereka tidak tahu bagaimana mahu solat.
  • Mereka fikir solat itu tidak penting dan tidak perlu.
  • Mereka malas untuk solat.
  • Solat atau tidak, tidak membawa apa-apa makna bagi mereka.
Tidak Tahu Solat

Tidak mungkin! Ini cerita 30-40 tahun dahulu di mana ramai orang jahil tentang solat. Kerana apa? Kerana mereka tidak pernah belajar solat. Waktu kecil mereka tidak pergi sekolah seperti sebahagian warga emas yang sekarang berusia 70 tahun ke atas.

Hari ini anak-anak kecil di tadika pun sudah belajar solat. Mualaf yang baru masuk Islam pun memakan masa cuma 3 bulan sahaja untuk belajar solat! Malah hari ini ada mualaf yang boleh mengajar orang yang Islam sejak lahir membaca al-Quran - dengan lagu (tarannum) pula tu. Ah malunya!

Solat Tidak Penting?

Hari ini ramai anak-anak remaja yang berpendirian begini. Solat atau tidak sama sahaja bagi mereka. Malah solat menyusahkan. Penat dan letih. Membuang masa. Astagfirullah hal azim.

Mereka melihat orang yang tidak solat pun boleh berjaya dalam hidup. Mereka berkawan dengan kawan-kawan yang tidak mementingkan solat dalam kehidupan harian.

Malas untuk solat

Ini yang ramai. Mereka menangguh-nangguhkan solat hingga habis waktu. Bagi mereka susah untuk ambil wuduk. Susah untuk membentang sejadah. Susah solat ketika dalam perjalanan. Susah untuk solat di rumah orang. Takut orang serba salah. Takut menyusahkan orang.

Mereka ada kesedaran untuk solat. Kadang-kadang mereka menyesal kerana meninggalkan solat. Bila timbul kesedaran dan ada kesempatan mereka akan mengqadakkan solat yang tertinggal.

Solat atau tidak sama sahaja

Yang ini pun ramai juga. Tapi yang ini paling malang. Mungkinlah Allah belum mencampakkan rasa kehambaan mereka kepada Allah SWT. Mereka tidak berasa perlu untuk solat. Cuma kalau sudah terpaksa dan semua kemudahan dan kesempatan sudah terhidang di hadapan mata baharulah mereka solat. Atau sudah terpaksa, kerana semua orang solat, jadi terpaksalah solat juga.

Anda termasuk dalam golongan mana?

Aku ingat, aku mula solat ketika berusia 13 tahun. Ketika aku bersekolah di sekolah rendah tidak ada guru atau ustaz yang suruh atau mengajar aku solat. Keluarga aku pun tidak solat ketika itu. Bila naik ke sekolah menengah barulah aku terdedah untuk solat.

Aku membeli sebuah buku solat dan membacanya kuat-kuat sambil berlatih solat di hadapan cermin besar. Aku mula pergi ke masjid dan mengaitkan rukun fikli dan rukun qauli yang aku lihat dan aku dengar dengan apa yang aku baca daripada buku.

Sejak itu aku tidak pernah tinggal solat. Aku bertuah kerana berkawan dengan Abang Baferi Salim. Dia head boy (ketua umum) dan anak imam kampung aku. Dia pun tidak pernah tinggal solat. Dia yang memandu dan mengajar aku tentang remeh-temeh solat.

Abang Baferi akhirnya menjadi seorang penyaer lumpuh hingga ke akhir hayatnya kerana terlibat dengan kemalangan motosikal kuasa besarnya dengan sebuah lori ketika belajar tahun dua di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Gerakan Bawah Tanah

Waktu belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) aku terlibat dengan Badan Revolusi Ugama (BRU) dan terus berjinak-jinak dengan masjid dan surau. Aku juga terlibat dengan Shamelin (Syarikat Melayu International) yang bergerak secara haram di kolej ketika itu, yang diasaskan oleh Tan Sri Sanusi Joned. Kami mengadakan perjumpaan pukul dua pagi di gelanggang "fives" - sejenis permainan British semacam squash yang semakin pupus.

Gerakan bawah tanah ini yang kemudiannya dipimpin oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim banyak memberi kesedaran kepada aku tentang nasib orang Melayu termasuk kesedaran tentang kewajiban solat.

Pada setiap hari minggu apabila kami dibenarkan keluar ke bandar dan pelajar-pelajar lain menonton wayang di panggung Rex di pekan Kuala Kangsar, grup kami masuk ke kampung-kampung untuk memberi tuisyen kepada anak-anak miskin.

Solat Dinding Maksiat

Ketika melanjutkan pelajaran di Hobart, Tasmania, Australia, aku juga tidak pernah tinggal solat. Mungkin berkat dengan amalan inilah agaknya yang memelihara aku hingga aku tidak pernah minum arak walau setitik dan tidak pernah bergaul bebas dengan mek saleh ketika ada kawan yang tinggal sebilik dengan mek saleh seperti suami isteri. Malah aku tidak pernah melangkah ke kelab malam dan tidak pernah merokok walau pun sesedut selama lima tahun di negara kanggaru itu.

Kuncinya aku tetap solat walaupun di atas tanah di tepi pantai ketika mengadakan hari keluarga dengan foster parent (keluarga angkat). Aku dengan beberapa orang kawan menubuhkan kaunsel untuk membina masjid yang pertama di Tasmania. Aku tak sempat merasa solat di masjid ini tetapi sekarang ianya tersergam gagah di Hobart. Baru-baru ini dengar kawan aku ketika belajar di Hobart, Sabri, menjadi imam di masjid tersebut.

Solat Dalam Tandas

Cabaran paling sengit ialah ketika aku melanjutkan pelajaran ke University of Newcastle di New South Wales. Di situ cuka ada 5 orang pelajar Islam, itu pun jarang-jarang bertemu. Aku masih ingat lagi aku solat Zohor di dalam tandas. Untuk pengetahuan anda, tandas di Australia ini "super" bersih. Percaya atau tidak, kalau anda makan donat dan donat anda terjatuh di atas lantai tandas, anda masih boleh mengutipnya dan sambung makan!

Aku juga pernah solat di dalam dewan kuliah, ketika pensyarah sedang mengajar kerana kuliah dua jam aku melampaui waktu Maghrib. Cuma mat saleh di sebelah tempat duduk aku berasa pelik apa yang aku lakukan.

Solat Dalam Gereja

Tanpa berlengah aku menubuhkan persatuan pelajar Islam yang pertama dan dilantik menjadi Presiden. Perkara pertama yang aku perjuangkan ialah mendapatkan sebuah surau. Akhirnya diberi satu sudut daripada gereja mereka. Gereja pun gerejalah!

Akhirnya aku berjumpa dengan penduduk Islam tempatan yang berhijrah dari Pakistan, Lebanon danYugoslavia. Kami membentuk sebuah jawatan kuasa untuk membina sebuah masjid. Aku dilantik sebagai setiausaha. Dengan bermodalkan AUD60,000 kami membeli sebuah rumah untuk dijadikan masjid. Aku dilantik untuk tinggal di masjid tersebut dan menghidupkan solat berjemaah.

Membina Masjid di Kemboja

Di situlah aku berkenalan dengan Prof. Dr. Asfaq Ahmad, asal Pakistan, pensyarah Fizik dari University of Sydney yang menjadi President Australian Federation of Islamic Council (AFIC). Kami menjemput Dr. Mohamed Ali dari Islamic Development Bank (IDB) untuk menjana kewangan untuk membina sebuah masjid baru. Masjid belum terbina aku sudah balik ke Malaysia. Namun hari ini aku lihat melalui google map, Masjid New Castle sudah tersergam indah.

Baru-baru ini apabila berjaya menyiapkan sebuah masjid di Kampong Chhnang di Kemboja, mendirikan sebuah surau di Kampung Pisangan di Ciputat, Jakarta dan menghidupkan surau di perkampungan orang Asli di Kampung Merbau, Pahang aku bersyukur ke-Hadrat Allah SWT yang telah memberi aku laluan pada zaman remajaku hingga aku terbawa-bawa ke zaman usia matangku.

Anak-anakku dan para remaja sekalian,

Apakah anda masih lagi dibuai mimpi hinggakan untuk solat Subuh pun anda tidak mampu bangun? Sedangkan hari ini anda sudah memiliki segala kesenangan dan kemewahan untuk beribadah!

Isnin, 3 Mei 2010

BAGAIMANA MENJADI ORANG YANG DISUKAI

Apakah anda tidak berasa cemburu ada orang yang sentiasa disukai kawan dan lawan? Sedangkan anda sentiasa dijauhi kawan, betapa lagi lawan. Tiada siapa yang ingin menalipun atau mengantar SMS kepada anda.

Di dalam majlis anda sentiasa menjadi "kera sumbang." Semua menjadi serba tak kena, Orang tidak mahu berkawan dengan anda. Amat susah anda hendak memulakan perbualan.

Bagaimana mahu menjadi orang yang sentiasa disukai?

  • Cakap dengan ikhlas daripada apa yang hati kecil anda kata. Jangan berpura-pura.
  • Biarlah bersusah payah sedikit untuk kebahagiaan dan kemudahan kawan.
  • Jangan sakitkan hati orang lain.
  • Jangan mendedahkan kelemahan individu lain di khalayak ramai.
  • Jangan memalukan orang lain. Kalau anda menutup malu orang lain di dunia, nanti di akhirat Allah akan menutup malu anda.
  • Jangan menyusahkan orang lain.
  • Jangan suka meminjam wang dan barangan orang lain. Kalau terpaksa juga, pulangkan dengan segera.
  • Selalu beri hadiah kepada orang lain, walaupun yang kecil dan murah harganya.
  • Beri pujian kepada kawan yang layak dipuji. Jangan sekali-kali berpura-pura memuji kawan yang tidak layak dipuji.
  • Jangan mementingkan diri sendiri.
  • Balas hadiah yang diberi kawan dengan hadiah yang lebih baik atau lebih tinggi nilainya.
  • Selalu membelanja kawan, jangan cuma selalu memakan belanja kawan.
  • Bersedia untuk menerima tetamu di rumah. Beri kemudahan dan keselesaan yang terbaik untuk tetamu.

Bagaimana menolong orang lain?

  • Pertolongan bukan hanya dalam bentuk wang ringgit, sebaliknya juga masa, tenaga, pemikiran, simpati, empati dan semangat.
  • Pertolongan tidak kira masa. Bila-bila masa tenaga anda diperlukan.
  • Tolong keluarga terdekat terlebih dahulu.
  • Tolong jiran melakukan kerja yang ada kepentingan kedua-dua belah pihak.
  • Jangan mengharapkan upah apabila anda menolong kawan.
Bagaimana membuang sifat kedekut dan tamak?

Anda kena ingat bahawa rezeki yang Allah kurniakan kepada anda di atas dunia ini bukan milik anda seorang. Ada hak-hak orang lain di dalamnya.

Harta kita yang kita berikan kepada orang lain itulah sebenarnya harta yang kita simpan untuk dikumpulkan di akhirat nanti. Sedangkan harta yang kita gunakan untuk diri sendiri akan dihisab di akhirat nanti. Makanan yang kita makan dan pakaian yang kita pakai juga akan dihisab di akhirat nanti.

Selasa, 27 April 2010

SEMINAR SUKARELAWAN

“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermaka, maka sesungguhnya Allah mengetahui.” (Ali Imran 3:92)
SEMINAR SUKARELAWAN

Tarikh:
2hb Mei 2010 (Ahad)

Tempat/Anjuran bersama:
Masjid Negara. Kuala Lumpur

Kerjasama:
TABUNG DARAH NEGARA
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH
PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR
PERSATUAN SUKARELAWAN MALAYSIA

RASIONAL
Apakah Sukarelawan?

“Sukarelawan” maknanya adalah melakukan sesuatu pekerjaan dengan rekahati atau definisi lainnya seseorang yang melibatkan dirinya untuk melakukan apa saja kerja dengan kerelaan hati. Bertindak tanpa paksaan atau merealisasikan kepentingan dan manfaat untuk kumpulan orang atau individu. Didalam Islam telah mendidik umatnya dengan nilai-nilai mulia ini seperti bersedekah, membuat kebaikan, bermanfaat, membuat ihsan yang berlandaskan kepada tindakan secara sukarela.

Matlamat

Setiap manusia sejak azali lagi telah dikurniakan sifa-sifat insane seperti kehendak untuk mengambil berat, membantu meringankan kesukarna insane lain. Membimbing, member tunjuk ajar, membelai, menyayangi, dan disayangi, menghargai dan dihargai, bergotong-royong dan bekerjasama dan lain-lain perasaan kebersamaan yang semulajadi.

Pepatah melayu juga ada menyebutkan, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” turut menterjemahkan perasaan tidak snaggup melihat ahli masyarakat lain menanggung penderitaan, sedangkan sebahagian lagi bergembira dan bersenang-lenang. Hamzah Anas bin Malik r.a berkata:
“Tidak beriman seorang kamu sehingga ia menyintai saudaranya seperti dia menyintai dirinya sendiri”

Tujuan Utama

Membangkitkan perasaan kemanusiaan di dalam mesyarakat terhadap untuk menjaga moralsebaagai insan yang di bekal oleh Allah dengan akal.
Untuk menaikan semangat ingin membantu dan berani berbuat dan berjuangsecara sukarela dengan cra yang di redhai oleh Allah.
Menjadi wadah yang dapat menyalurkan keinginan untuk berbuat sesuatutanpa mengira Negara, bangsa, da agama demi kemanusiaan.
Menghidup sikap semula jadi manusia iaitu sifat yang mulia “membantu”.


PELUANG UNTUK ANDA MENJADI SUKARELAWAN!!!

Anda berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan komuniti yang memerlukan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Bila anda terlibat secara langsung sebagai sukarelawan, maka komuniti yang anda berkhidmat akan mendapat perkhidmatan dan pengetahuan anda.
Kerja sukarela berbeza dengan kerja amal. Kerja amal melibatkan satu pihak member dan satu pihak lagii mendapat manfaat. Sedangkan kerja sukarela merupakan satu gabungan di mana kedua-dia pihak bermanfaat.


Seminar Sukarelawan menawarkan anda untuk mendekati dua kategori tugasan sukarelawan:

* Sepenuh masa
* Separuh masa

Anda dari golongan?

* Lepasan graduan kolej atau university,
* Sedang bekerja
* Pelajar sekolah rendah atau menengah.
* Usahawan
* Pesara
* Surirumahtangga
* Menunggu keputusan peperiksaan
* Semua golongan

PROGRAM

Pameran
9.00 pagi- 5.00 petang
* Pendidikan
* Misi kemanusiaan
* Anti dadah kebangsaan
* Kesihatan

Jualan
Gerai Jualan akan di buka kepada orangramai seperti:
* Buku-buku
* Pakaian
* Makanan tambahan
* Permaian kanak-kanak
* Komputer
* Peralatan pendidikan
* Insuran

TENTATIF

9.00– 10.30 Pagi
Pendaftaran
Majlis Pembukaan
Tayangan Misi Kemanusiaan

10.30– 11.30 Pagi
KULIAH 1
Dari: Angkatan Tentera Malaysia
:”Tugas Sukarelawan”
Rehat dan Minum Pagi

11.30– 01.30 Tengahari
KULIAH 2
Dari: Bulan Sabit Merah
“Pertolongan Cemas”
Rehat, Makan dan Solat

01.30– 02.30 Tengahari
KULIAH 3
Dari: AMAN Malaysia
“Keperluan dan Sifat Sukarelawan”

02.30– 03.30 Petang
BENGKEL
Ulasan MISI KEMANUSIAAN
Oleh: Haji Muhammad Zakaria

03.30 Petang– 04.30 Petang
Penutup : Anugerah Sijil Sukarelawan
Solat Asar

=================================

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI
No. contact
Rusnah Abu Samah: 013-3596574
Haji Muhammad: 016-4028344

Blog
www.iktibaronline.blogspot.com
www.hajimuhammadzakaria.blogspot.com