Isnin, 3 Mei 2010

BAGAIMANA MENJADI ORANG YANG DISUKAI

Apakah anda tidak berasa cemburu ada orang yang sentiasa disukai kawan dan lawan? Sedangkan anda sentiasa dijauhi kawan, betapa lagi lawan. Tiada siapa yang ingin menalipun atau mengantar SMS kepada anda.

Di dalam majlis anda sentiasa menjadi "kera sumbang." Semua menjadi serba tak kena, Orang tidak mahu berkawan dengan anda. Amat susah anda hendak memulakan perbualan.

Bagaimana mahu menjadi orang yang sentiasa disukai?

  • Cakap dengan ikhlas daripada apa yang hati kecil anda kata. Jangan berpura-pura.
  • Biarlah bersusah payah sedikit untuk kebahagiaan dan kemudahan kawan.
  • Jangan sakitkan hati orang lain.
  • Jangan mendedahkan kelemahan individu lain di khalayak ramai.
  • Jangan memalukan orang lain. Kalau anda menutup malu orang lain di dunia, nanti di akhirat Allah akan menutup malu anda.
  • Jangan menyusahkan orang lain.
  • Jangan suka meminjam wang dan barangan orang lain. Kalau terpaksa juga, pulangkan dengan segera.
  • Selalu beri hadiah kepada orang lain, walaupun yang kecil dan murah harganya.
  • Beri pujian kepada kawan yang layak dipuji. Jangan sekali-kali berpura-pura memuji kawan yang tidak layak dipuji.
  • Jangan mementingkan diri sendiri.
  • Balas hadiah yang diberi kawan dengan hadiah yang lebih baik atau lebih tinggi nilainya.
  • Selalu membelanja kawan, jangan cuma selalu memakan belanja kawan.
  • Bersedia untuk menerima tetamu di rumah. Beri kemudahan dan keselesaan yang terbaik untuk tetamu.

Bagaimana menolong orang lain?

  • Pertolongan bukan hanya dalam bentuk wang ringgit, sebaliknya juga masa, tenaga, pemikiran, simpati, empati dan semangat.
  • Pertolongan tidak kira masa. Bila-bila masa tenaga anda diperlukan.
  • Tolong keluarga terdekat terlebih dahulu.
  • Tolong jiran melakukan kerja yang ada kepentingan kedua-dua belah pihak.
  • Jangan mengharapkan upah apabila anda menolong kawan.
Bagaimana membuang sifat kedekut dan tamak?

Anda kena ingat bahawa rezeki yang Allah kurniakan kepada anda di atas dunia ini bukan milik anda seorang. Ada hak-hak orang lain di dalamnya.

Harta kita yang kita berikan kepada orang lain itulah sebenarnya harta yang kita simpan untuk dikumpulkan di akhirat nanti. Sedangkan harta yang kita gunakan untuk diri sendiri akan dihisab di akhirat nanti. Makanan yang kita makan dan pakaian yang kita pakai juga akan dihisab di akhirat nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan