Foto: Saya melaksanakan ibadah korban pada Hari Raya Aidil Adha 1430H baru-baru ini di perkampungan di Ho Chi Minh City, Vietnam. Umat minoriti Islam di Vietnam hidup dalam kemiskinan dan kemudahan yang serba daif. Jihad Pendidikan Asia (JPA) akan dilaksanakan di Vietnam untuk menjamin kesinambungan survival umat Islam di sana.
Ekoran daripada kunjungan saya 3 hari ke Vietnam (kali pertama) dan 2 hari ke Kemboja (buat kali keempat) pada hari raya Haji baru-baru ini, di samping mengerjakan ibadah korban di kedua-dua negara tersebut, kami mengambil keputusan menubuhan sebuah NGO atas entiti JIHAD PENDIDIKAN ASIA (JPA).
Matlamat JPA ialah:
- Memberi kesedaran kepada umat serantau tentang nasib umat Islam yang merupakan kaum minoriti di Asia.
- Memberi kesedaran kepada umat Islam kaum minoriti di Asia tentang kepentingan pendidikan, kemajuan, hidup beragama, ekonomi dan mengamalkan budaya Islam.
- Memberi motivasi kepada guru, ibu bapa dan pelajar di negara tersebut tentang tanggungjawab masing-masing dalam membangunkan masyarakat setempat.
- Mendedahkan peluang belajar, kerjaya. berekomoni dan hidup bermasyarakat kepada mereka.
Foto: Masjid al-Muttaqin Kampung Xa Minh Hoa, mukim Huyen Dau Tieng, daerah Binh Duong, Vietnam ini dibina oleh Sheikh Abdulla al-Noury dari Kuwait dengan harga USD44,4000. Beliau juga membina sebuah sekolah agama bernama Madrasah al-Noury berharga USD 24,000 dan 25 buah rumah penduduk kampung.
Lokasi sasaran JPA buat tahap primer ini ialah:
- Umat Islam di Kemboja, Vietnam, Myanmar, Selatan Thailand dan Selatan Filipina..
- Anak-anak yatim dan miskin di Aceh.
- Anak-anak miskin di Pulau Jawa khususnya di Jakarta.
- Kaum peribumi di Malaysia.
- Mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera Barat.
Program bermodul yang akan dijalankan:
- Kursus Intensif Perguruan untuk guru-guru.
- Kursus Intensif Keibubapaan.
- Kem Pengurusan Diri dan Motivasi Pelajar.
- Sumbangan pakaian harian, pakaian seragam sekolah, alatulis, buku dan perubatan.
- Menubuhkan sekolah agama.
- Menghantar pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Projek perintis akan diadakan di Phnom Penh, Kemboja penghujung bulan Februari 2010 selama 3 hari meliputi memberi kursus perguruan Asas kepada guru-guru di seluruh Kemboja, kursus keibubapaan dan kem pengurusan diri dan motivasi pelajar.
Foto: Pelajar Sekolah Rendah Kampung Chrey Andet, Phnom Penh, Kemboja, tempat yang kami akan melancarkan JIHAD PENDIDIKAN ASIA (JPA) akhir Februari nanti.
Apa Peranan Anda?
- Mendaftar untuk menjadi sukarelawan termasuk yang mempunyai kemahiran mengajar, mengasuh, merawat, membimbing, memberi kaunseling dan khidmat psikologi, pemakanan dan mengajar mengaji.
- Mencari sponsor pakaian harian, pakaian seragam sekolah, kasut, alatulis, buku, beg sekolah dan alat suci diri.
- Mencari sumbangan kewangan.
- Mencari sumbangan tikit penerbangan.
Segala pertanyaan sila hubungi atau SMS Pengerusi JPA, Haji Muhammad Zakaria (016-4028344) atau Pengurus JPA, Puan Rusnah Abu Samah (013-3596574).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan