Petang tadi saya menerima satu SMS daripada Ustaz Hashim Ahmad daripada Fitrah Perkasa. Katanya, "Ada cadangan nak ke Padang ke?"
Saya memberitahu Ustas Hashin yang saya akan mengetuai sukarelawan PERSATUAN BELIA SRI AL-AIN (BERSAMA) ke Padang, Sumatera Barat, Jumaat, 9 Oktober ini dalam MISI KEMANUSIAAN GEMPA BUMI PADANG, SUMATERA BARAT. Kami akan membawa sumbangan yang dikirim oleh orang ramai berupa pakaian, ubat-ubatan, makanan kering dan kewangan.
Foto: Sumbangan berupa tikar, karpet, makanan dan minuman dari Jakarta sedang dipunggah keluar daripada treler penghantar di Padang.
Kami bukanlah sebuah organisasi yang terlalu besar namun kami sering menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat dan sumbangan hingga sampai ke sasaran kerana kami menyampaikan sumbangan dengan cara hadir sendiri.
Dalam pertengahan puasa lepas saya telah berkunjung ke Padang melalui jalan darat dari Dumai, Pekan Baru, Paya Kumbuh, Bukit Tinggi dan Padang Panjang. Perjalanan ini saya abadikan dalam kolum KEMBARA majalah SOLUSI Bil. 12.
Foto: Ustaz Yaser Arif bersama anak-anak buahnya di dalam khemah yang didirikan di hadapan rumah ibunya di Pariaman untuk menginap sementara. Gempa atau tidak kanak-kanak tetap ceria.
Namun kerana kesuntukan masa, saya tidak berkesempatan mengunjungi banyak tempat di Padang. Saya memberi tahu seorang teman, "Kita kena pergi ke Padang." 2 minggu selepas itu Padang dilanda gempa parah.
Ustaz Hashim bertanya lagi, "Nak lepak kat mana nanti?"
Selalunya kami tinggal di hotel. Kemudian kami akan menyewa kereta untuk pergi ke lokasi bencana. Kami sering bergabung tenaga dan mengatur strategi dengan NGO lain dari dalam dan luar negara yang banyak mempunyai kemudahan logistik. Kami juga pernah bergabung dengan TUDM, Bulan Sabit, Mercy, Yayasan Salam dan Aman Malaysia.
TUDM pernah membawa sukarelawan kami dari Aceh ke Meulaboh dengan helikopter NURI ketika tsunami tahun 2004. Aman Malaysia pula pernah memberi kami sebuah kereta pacuan 4 roda untuk kerja menyelamat di Aceh. Tentera Pakistan membekalkan kami air bersih yang disedut dari dalam tanah untuk dihantar ke desa-desa pedalaman.
Saudara / saudari yang ingin menyampaikan sumbangan untuk mangsa gempa bumi di Padang sila datang ke kaunter kutipan kami di:
1. Tingkat bawah Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi.
2. Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi.
3. Ibu pejabat BERSAMA di No. 2, Seksyen 15, Jalan Reko, Kajang.
atau masukkan ke dalam akaun CIMB No: 14160067926528 dan maklumkam melalui SMS ke: 016-4028344.
Salam Tn Haji,
BalasPadamSungguh menarik blok tuan. Saya amat tertarik dengain article mengenai Tn Hj Ramli Mokni.
Terima Kasih
Salam
Jamil
Salam,kanak-kanak adalah insan yang bersih,keceriaan mereka dalam apa jua situasi patut kita insafi.
BalasPadamSemoga ini bukan azab.. tapi ujian.. karena yang mendapat ujian adalah hamba2 yang dikasihi Allah SWT.. amin
BalasPadamSaudara Jamil,
BalasPadamMoga lebih ramai saudara kita yang lebih berjaya dengan cemerlang. Diri kita?
Saudari Ummu Masyita,
Kanak-kanak adalah ahli syurga. Sebab itu apabila kita buntu, cuba hadapkan perhatian, simpati danj empati kita kepada kanak-kanak. Insya-Allah kita akan mendapat ilham baru.
Saudara Saung Web,
Sama ada ujian atau azab letaknya pada minda kita. Ada orang apabila demam pun dikatakan azab. Ada orang apabila hampir mati pun dikatakan ujian.
Sebenarnya dari sekecil-kecil ujian hingga ke sebesar-besar ujian, semuanya adalah kasih satang Allah kepada kita.