Hari ini cuma 3 hari lagi menjelang tibanya Aidilfitri yang mulia. Apakah persiapan bermanfaat anda?
Rebutlah 10 malam terakhir puasa tahun ini dengan memburu Lailatul Qadar. Bagaimana?
- Pastikan anda telah solat Isyak sebelum berehat malam.
- Pastikan anda telah solat sunat Terawih paling kurang 8 rakaat. Jika belum solat sendiri di rumah atau di mana sahaja walaupun anda dalam musafir. Ada orang yang tidak solat sunat Terawih kerana katanya tidak pandai selawat dan baca doa. Sebenarnya anda boleh terus solat 8 rakaat dengan 4 kali salam tanpa selawat dan doa. Bacalah apa-apa surah yang pendek selepas Fatihah. Anda cuma perlu 15 minit untuk menyelesaikan 8 rakaat Twrawih.
- Solat sunat Witir 3 rakaat. Anda boleh buat 3 rakaat terus seperti solat Maghrib tanpa Tahyat awal. Kalau terdesak solat sunat Witir 1 rakaat pun sudah memadai.
- Membaca al-Quran.
- Berwirid dan berzikir.
- Muhasabah diri sebelum tidur.
- Bersedekah pada siangnya walaupun sedikit.
- Membantu anak yatim atau orang miskin.
- Bayar zakat fitrah untuk diri anda dan orang di bawah tanggungan anda.
- Bayar fidyah puasa yang tertinggal pada masa-masa silam kepada NGO atau badan-badan yang membantu anak yatim dan orang miskin.
- Banyak menyumbang dan bersedekah.
Persiapan lain menjelang hari raya:
- Beri duit raya kepada anak saudara dan orang bawahan anda sebelum takbir raya kerana memberi dalam bulan Ramadan digandakan pahalanya oleh Allah SWT.
- Sediakan persiapan pakaian raya, perabot dan perhiasan rumah, kueh mueh dan perjalanan setakat kemampuan anda.
- Jangan membazir.
- Jangan berbelanja di luar daripada kemampuan anda.
- Sediakan kenderaan dengan baik terutama jika anda akan melalui jalan jauh.
- Tinggalkan rumah dalam keadaan selamat dengan mematikan suis dan kunci yang selamat.
- Beri tahu jiran yang tidak pulang ke kampung, polis atau pos kawalan setempat.
- Memandu pulang ke kampung pada waktu anda segar.
- Jangan isi kenderaan dengan muatan (penumpang) yang berlebihan.
Foto: Kenangan pada pagi raya Aidil Fitri 1429H di hadapan pondok bonda tercinta. Dari kiri: Bonda Temah Melah, adinda Norzaimah, adinda Kamsiah dan adinda Dr. Norlaili yang akan berhijrah ke Australia mengikut suaminya lepas raya tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan