Remaja kini ramai yang telah berjaya menghasilkan blog yang cemerlang. Anda menyorot cerita yang menarik minat ramai orang. Ini bermakna anda telah mempunyai pengikut. Idea anda bernas. Ada yang mengusik hati. Banyak yang bermanfaat. Anda berjaya mencuit hati pembaca.
Tahukah anda bahawa blog anda sangat berpotensi untuk menghasilkan sebuah buku. Buku motivasi pertama anda.
"Ah! Aku terlalu muda untuk menghasilkan sebuah buku."
Anda silap. Seorang pelajar wanita Tionghua berusia 14 tahun belajar dalam tingkatan dua di Kuala Lumpur telah menghasilkan 8 buah buku tentang alat permainan tradisional. Dato' Lat menerbitkan komiknya yang pertama ketika berusia 9 tahun.
Karya pertama saya disiarkan melalui Radio Singapura ketika saya berusia 9 tahun. Ketika itu Radio Singapura lebih popular dari RTM. Ketika berusia 10 tahun karya saya tersiar dalam akhbar Berita Harian. Tahun berikut saya menulis dalam majalah Mastika, Dewan Pelajar dan Utusan Pelajar. Hari ini saya sedang menyiapkan buku saya yang ke-25.
Saya yakin anda boleh lebih maju dan lebih produktif dari semua itu.
Bagaimana mahu menghasilkan buku pertama anda?
2. Tulis tentang satu tema sahaja. Misalnya: Hobi, Kucing, Palestin, Kawan, Motivasi. Dll.
3. Kumpulkan semua rencana dalam blog anda dalam "Words".4. Susun mengikut kronologi yang anda fikirkan menarik.
5. Tambah di mana-mana yang kurang. Potong mana-mana yang tidak sesuai.6. Setiap tajuk jadikan bab.
7. Setiap rencana tukar kepada tajuk yang lebih menarik. Baca dari awal dan pastikan kesinambungan yang lancar.8. Edit menggunakan "Dewan Eja" atau menggunakan Bahasa Melayu yang betul.
9. Kalau anda sudah ada sekurang-kurangnya 80 muka surat saiz A4 taip langkau sebaris setengah (1.5 line spacing), anda telah hampir berjaya menulis sebuah buku.10. Hantar karya anda itu kepada saya menggunakan e-mel: hjmohdz@telagabiru.net.my atau pos hard copy kepada saya: Haji Muhammad Zakaria, No. 1, Jalan Kiara SD 11/2J, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.
11. Bagi saya masa 2 minggu untuk menilai karya anda.12. Jika berjaya karya anda akan diterbitkan dibawah label TELAGA BIRU. Jika tidak berjaya, skrip anda akan saya pulangkan tanpa mengambil apa-apa faedah darinya.
13. Skrip yang berjaya akan diterbitkan dalam masa 3 bulan.
SELAMAT BERJAYA MENGHASILKAN BUKU PERTAMA ANDA!
Tuan, saya nak cuba..insya-allah saya akn cuba luangkan masa untuknya. skrang memang agak sibu tapi saya nak cuba..saya akan cuba buat yangterbaik dan kemudian terpulang pada Tuan.Terima kasih atas peluang besar ni..terima kasih>_<
BalasPadamSyabas fahana_ann. Saya tunggu. Semoga berjaya. Jika bermasalah please contact me.
BalasPadamAssalamualaikum Tuan,
BalasPadamMenarik tawaran yang Tuan tawarkan ini.Buku memang menjadi minat saya.Saya sanggup berhabis duit untuk membeli buku yang saya minati.Saya ada juga berminat untuk menulis tapi tiada kesungguhan lagi.
Bila melihat tawaran ini saya merasa tercabar.Adakah saya boleh melakukannya? Saya yakin jika saya ada kemahuan, pasti saya boleh melakukannya..InsyALLAH.
Terima Kasih Tuan atas tawaran ini.