Sedang menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta SEMINAR KEIBUBAPAAN
di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Membaca peta jalan darat ke Taman Negara bersama Mohd Ammar Yassar (kiri - sekarang di Jakarta) dan Mohd Salman al-Farisi (sekarang di Mesir)
Saya (2 dari kanan) bersama Dato Mukhriz Mahathir (6 dari kiri) dan sukarelawan Persatuan Belia Sri al-Ain ketika mengadakan misi kemanusiaan di Aceh selepas tsunami.
Anda mahu berkongsi pengalaman bagaimana saya mewakili Australia di persada dunia pada usia seawal 19 tahun?Saya dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke Australia sebelum keputusan peperiksaan MCE (seperti SPM sekarang) diumumkan di sekolah saya KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR (MCKK). Kami seramai 10 orang dipilih berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan dan ujian khas oleh penaja iaitu MARA daripada lebih 120 orang pelajar Tingkatan 5.
Saya mengambil A level di Rosny College, Hobart, Tasmania dalam masa setahun dan melanjutkan pelajaran ke University of Tasmania. Tahun pertama saya di Australia saya sudah mula bergiat dalam Persatuan Pelajar Islam Tasmania (TSIS) dan dilantik menjadi Setiausaha Agung.
Di samping itu saya juga dilantik menjadi Pengerusi Barisan Pembebasan Bangsa Moro, Filipina dan Barisan Pembebasan Rakyat Pattani, Thailand. Saya juga menjadi editor buletin 2-bulanan TSIS, al-Baqa dan setiausaha Jawatan Kuasa Pembinaan Masjid Tasmania. Sebelum ada masjid kami hanya menyewa sebuah rumah untuk dijadikan masjid dan mendirikan solat Jumaat.

TSIS adalah persatuan pelajar di bawah Persekutuan Pelajar Islam Australia (AFMSA). Dalam konvensyen tahunan AFMSA, saya telah dilantik menjadi Public Relations Officer (PRO). Presiden kami ketika itu ialah Fadlullah Clive Wilmot, bapa kepada pengacara TV3 Wardina Suffiyah. Sekarang beliau wakil Muslim Aids di Bangladesh.
AFMSA berfungsi memperjuangkan kepentingan pelajar Islam dari seluruh dunia di Austalia. Kami mengadakan Mujahid Dakwah Training di bawah pimpinan Pak Imaduddin Abdul Rahim dan Dr. Deliar Nor dari Indonesia. Inilah aktiviti dakwah julung-julung kali dikenali di Australia.
Kami juga dikunjungi aktivis pelajar dari Malaysia seperti Hishamuddin Rais dan Hamzah Kassim yang ketika itu memperjuangkan kes Kemiskinan di Baling, Kedah dan Setinggan di Tasik Utara, Johor.

Pada tahun yang sama, 1976, Himpunan Belia Islam Sedunia - World Assembly of Muslim Youth (WAMY) yang beribu pejabat di Arab Saudi mengadakan Konvensyen Tahunan Ketiga di Riyadh, Madinah dan Makkah selama 3 minggu.
Mereka menjemput dua orang wakil dari Australia mewakili AFMSA dan Australian Federation of Islamic Council (AFIC), badan yang menyatukan semua persatuan Islam di Australia. AJK AFMSA mengadakan mesyuarat dan memutuskan untuk menghantar saya mewakili Australia ke konvensyen tersebut.

Sampai di Riyadh saya bertemu dengan wakil pemuda daripada seluruh dunia. Malaysia ketika itu diwakili oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Ibrahim Ali mewakili Kesatuan Pelajar Islam Malaysia (KPIM) dan Allahyarham Datuk Fadhil Nor (mantan Presiden PAS).
KENALAN BERTARAF DUNIA
Dalam konvensyen inilah saya mula berkenalan dengan pemimpin belia seluruh dunia seperti Ahmad Deedat, pejuang dan daei perbandingan agama dari Afrika Selatan, Nur Misuari dari bangsa Moro, Filipina (yang akhirnya menjadi Gabenor Selatan Filipina), Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman dari Arab Saudi dari World Muslim Legue, Dr. Ahmad Totonji dari Amerika Syarikat dan Prof. Khurshid Ahmad dari Pakistan.
Saya juga berkenalan dengan Pengiran Badaruddin Pengiran Abd Ghani dari Brunei Darussalam (yang kemudian menjadi Menteri Pelajaran Brunei), Abul Ala Maududi (yang membentang kertas kerja), Bin Baz (Mufti buta dari Arab Saudi), Sheikhul Azhar ketika itu, Shamsuddin, pemimpin pelajar dari Singapura yang dipenjarakan sebaik sahaja pulang dari konvensyen, Muhammad dari Hong Kong, Dr. Syed dari Sri Lanka dan Gulam dari Fiji.

Ramai tokoh belia yang saya sudah lupa namanya antaranya Presiden Algeria sekarang, Gabenor Jammu dan Kashmir (India) sekarang dan beberapa orang pemimpin belia dari Thailand, Vietnam, China, Kemboja, Burma, Bangladesh, Jepun, Korea, New Zealand, negara-negara Eropah seperti United Kingdom, Perancis, Denmark, Itali dan Greece dan negara-negara Timur Tengah dan benua Afrika.
Dalam konvensyen tersebut, saya ialah antara peserta termuda. Ketika itu saya berambut panjang separas bahu, memakai seluar jean dan t-shirt ketat. Yang tidak lekang dari bahu saya ialah kamera. Yang saya ingat ialah saya telah mengambil ribuan keping gambar slide sekitar Riyadh, Madinah dan Makkah dan kemudiannya dapat saya gunakan sebagai bahan dahwah melalui tayangan projektor slide ketika kembali ke Malaysia setelah tamat belajar di Australia.
Dalam konvensyen, saya dipilih menyertai sebuah bengkel tentang survival umat Islam di negara minoriti Islam di seluruh dunia. Saya telah dipilih untuk membentangkan rumusan bengkel dalam agenda penutup konvensyen.
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba lewat kerana beliau baru sahaja dua hari dibebaskan daripada penjara selama 2 tahun kes kebuluran di Baling. Waktu beliau sampai kami sedang bersidang. Satu pengumaman dibuat dan semua peserta berdiri memberi tanda hormat berserta laongan Allahu Akbar.
Saya ditempatkan sebilik dengan Datuk Seri. Sepanjang konvensyen beliau banyak mengajar saya soal organisasi dan perjuangan membela kaum yang kurang bernasib baik. Di Makkah ketika mengerjakan umrah, beliau menyuruh saya mengikut doa-doa yang beliau baca.
Allahyarhan Datuk Fadhil Nor pula ialah seorang pemimpin yang sangat saya kagumi dan hormati. Beliau sering bangun di tengah malam mengerjakan solat sunat ketika orang lain nyenyak tidur. Senaskhah al-Quran kecil sentiasa berada di dalam poket kotnya. Beliau akan membaca al-Quran pada setiap kesempatan yang ada.
Kami para peserta dilayan seperti tetamu negara. Kemana-mana lawatan kami menaiki kenderaan mewah dan diiringi kereta peronda polis. Setiap malam kami menjadi tetamu makan malam termasuk kerabat di raja dan menteri.
Di Madinah saya berpeluang menziarahi makam Rasulullah SAW dan para sahabat serta berpeluang mengerjakan umrah di Makkah buat pertama kalinya. Saya juga berkesempatan bertemu dengan ramai kenalan baru dari serata dunia.
AKTIVITI SEKARANG
Sesungguhnya penglibatan saya dengan rangkaian networking seluruh dunia ini telah membuka minda untuk bergerak lebih aktif. Hingga ke hari ini masih ramai kenalan yang sentiasa berhubung dengan saya. Sebahagian besarnya telah meniti tangga perjuangan hingga mencapai tahap tertinggi atau hampir tertinggi di negara masing-masing.
Saya telah menggunakan pengalaman 3 minggu di bumi anbia ini untuk membangunkan beberapa aspek sumbangan ke arah kebahagiaan umat Islam:

- Saya membangunkan bidang pendidikan dan latihan dengan menjadi pendidik, master trainer dan motivator selama lebih daripada 30 tahun.
- Saya membangunkan bidang penerbitan dengan menerbitkan bahan untuk mendidik umat dalam pelbagai media.
- Saya menceburi bidang kesukarelawanan dan misi kemanusiaan dengan membantu mangsa bencana alam, membangunkan fasarana di negara-negara miskin seperti masjid dan sekolah termasuk melatih pembangunan tenaga manusia.
Hebat dan tahniah , moga segalanya diganjari oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran ..insyaAllah
BalasPadamMurtadha: Semuanya saya kembalikan kepada Allah SWT yang memberi taufik dan hidayah ini.
BalasPadamtahniah along .. semoga usaha along tanpa mengenal erti jemu akan diberkati oleh ALLAH SWT
BalasPadam