Sabtu, 31 Januari 2009

BAGAIMANA MENGATASI MENGANTUK

ANDA RATU / RAJA MENGANTUK?

Anda seorang pelajar. Anda sering mengantuk sebaik memulakan membaca. Anda juga sering tertidur waktu kuliah.

Anda seorang eksekutif di pejabat. Anda sering tersenggut-senggut di meja.

Anda juga sering tertidur waktu berdiskusi dengan pelanggan. Apa lagi ketika menonton TV, membaca akhbar atau dalam bas atau pesawat (kecuali anda memang merancang untuk berehat dalam perjalanan yang jauh).

Bagaimana anda ketika berada di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh orang lain? Amat tidak menasabah anda tidur dalam keadaan orang itu bersusah payah memandu. Jika anda sendiri yang memandu dan anda tertidur selama 3 saat, anda mengundang maut.

JADI BAGAIMANA MENGATASI MENGANTUK?

1. Dapatkan tidur yang cukup. Berapa jam? 5 jam semalam sudah memadai - dari jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi. Tetapi anda sering tidur hingga 8 jam. Ini bermakna anda kerugian 3 jam sehari (1/8 hari). Jika anda berusia 24 tahun ini bermakna anda telah kerugian 3 tahun!

2. Jika anda terlalu letih dan memerlukan penumpuan di sebelah petang, tidurlah 30 - 45 minit sebelum waktu Zohor (tidur Qailullah - ini sunah Rasulullah SAW). 1 jam tidur Qailullah menyamai 3 jam tidur malam.

3. Bila anda belajar atau bekerja, anda mesti bersedia untuk melakukan 2 kerja:
a) Kerja utama.
b) Kerja sokongan yang aktif.

Sebaik anda mula mengantuk, terus lakukan kerja sokongan. Contoh kerja sokongan:
a) Mencari rujukan.
b) Menyusun fail atau data.
c) Bangun dan berkomunikasi sebentar dengan kawan atau rakan sejawat.
d) Mencari bahan dari Internet.

4. Lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan seperti:
a) Melakukan kerja sambil berdiri atau berjalan.
b) Melihat pemandangan hijau yang saujana melalui tingkap atau keluar bangunan.
c) Mengemas bilik pejabat atau bilik belajar sebentar.

5. Buat secawan kopi panas.

6. Berwuduk dengan memasang niat untuk menghalau syaitan.

7. Membaca akhbar (jangan lebih dari 10 minit).

8. Buat senaman setempat untuk meregangkan otot-otot yang letih seperti:
a) Meramas dan menggerakkan jari tangan dan kaki.
b) Menggerakkan bahu dan leher.
c) Meregangkan lengan.

IBU MENGELAKKAN MENGANTUK

Tanamkan motivasi yang tinggi untuk menyiapkan kerja anda dengan pencapaian yang paling cemelang. Anda hendaklah mengejar masa yang ada. Seolah-olah anda tidak ada masa untuk berpaling ke kiri dan ke kanan. Lakukan banyak item dalam masa yang singkat.

MAKANAN YANG MENYEBABKAN MENGANTUK

1. Makan pagi yang berat seperti nasi (makanan ini sesuai jika anda hendak bekerja keras seperti ke sawah atau ke ladang).
2. Nasi pulut.
3. Makan tengah hari yang berat.

MAKAN PAGI UNTUK MENGELAKKAN MENGANTUK


1. Bijirin yang mudah hadam dan memberi banyak tenaga.
2. Fresh orange.
3. Buah-buahan.
4. Air mineral.
5. Susu memeberi anda tenaga.

MENGELAKKAN MENGANTUK KETIKA KULIAH ATAU DISKUSI

1. Fokus.
2. Masukkan minat yang mendalam.
3. Catat menggunakan peta minda.
4. Pastikan anda mendengar dengan jelas.
5. Baca fikiran pensyarah atau pasangan diskusi anda.
6. Keluarkan pengalaman atau pengetahuan lalu sebagai input perbincangan semasa.

MENGELAKKAN MENGANTUK KETIKA DALAM KERETA

1. Mulakan topik perbualan atau perbincangan.
2. Kenali semua orang di dalam kereta tersebut.
3. Pandang jauh keluar.
4. Beri komen apa yang anda lihat di luar kereta.
5. Elakkan membaca ketika di dalam kereta.
6. Pasang muzik, radio atau bahan audio kegemaran anda. Mengapa anda tidak membelanjakan sedikit wang untuk membeli CD motivasi oleh motivator antarabangsa.
7. Anda boleh menghafal al-Quran menggunakan CD berkaitan.
8. Bayangkan aktiviti dan kegembiraan yang anda akan lalui di penghujung perjalanan.

ANDA MASIH MENGANTUK?

Itulah kelemahan makhluk manusia berbanding malaikat yang tidak pernah mengantuk dari mencatat setiap detik kebajikan dan dosa yang kita lakukan. Malaikat juga tidak pernah mengantuk dan letih dalam menarik matahari dan bulan mengikut orbit peredarannya.

Sampaikan malaikat juga tidak pernah mengantuk dari menggerakkan bulu mata kita ketika ada serangga yang terbang ke arahnya atau mengantuk ketika menggerakkan jantung dan darah kita ke segenap sel di tubuh badan.

Sedangkan anda? Kadang-kadang ketika memegang sebatang pen pun boleh terjatuh kerana mengantuk!

18 ulasan:

  1. alhamdulillah,untuk semester ni dapat tahan tersengguk berbanding tiga sem lepas..bila diingat semula..tertanya..apa yang aku buat datang kelas?tersengguk2..tak dengar apa pensyarah cakap..alhamdulillah,Allah bantu untuk capai azam maal hijrah dan tahun baru..terima kasih untk posting motivasi ni..saya akan selalu singgah di sini,insya-allah..pernah baca karangan buku motivasi tuan haji..menarik..

    BalasPadam
  2. wah..dasyat tip2 ini ustaz...sebab saya memang orang yang jenis macam ini...semoga saya dapat amalkannya selalu...amin..

    BalasPadam
  3. Salam,
    Salah satu usaha untuk mengelak mengantuk dan menyegarkan badan. Sila ke link berikut : www.kedaiaqura@blogspot.com

    BalasPadam
  4. assalamualaikum tn haji. salam ziarah. kakchik nak salin & tampal link pasal mengantuk ni blog Keluargaku Sayang. Harap dihalalkan.

    BalasPadam
  5. terima kasih di atas maklumat yang diberikan.diharap allh memurahkan rezeki tuan haji.

    BalasPadam
  6. kalau tiada kerja memang mengantuk

    BalasPadam
  7. salam,
    alhamdulillah,
    terima kasih tn haji kerana ini sngt memdhkn saya untk memberi tumpuan semasa belaja... doakan saya berjaya

    BalasPadam
  8. salam kenal... singgah ke mari kerana mengantuk... terima kasih sudi berkongsi... mohon juga utk dikongsi bsama-sama, ok!

    BalasPadam
  9. Saya akan cuba mengikut apa yang dikatakan dalam blog ini.mudah-mudahan Allah memberikan saya kejayaan dalam menjadi seorang anak syarikat yang berjaya dan sukses.InsyaAllah..Wassalam.

    BalasPadam
  10. salam...
    saya siang malam bekerja....cr duit lebih untuk keluarga...tiap2 malam saya tdr selama 4 jam je...bsk pagi kerja pula....hummm...insyallah saya akan amal kan yang ustaz bagi ni....insyallah...

    wasalam....

    BalasPadam
  11. sya mengantuk smpai x siap assignment. menysal dan memalukan diri sya dgn member. hrap2 kli sya x akan mngantuk lgi ktika mmbuat kerja.

    BalasPadam
  12. salam tuan hji..
    tma kasih dngn artkel yg tuan hji pparkan nie.. dgn cra nie sya sndri telah mcba untuk mgatasi masalh mgantuk bla berda dlm clz.. dan cra nie jga amat berkesan?? sm0ga dgn cra nie tuan hji dpat mbntu isan lain yang m'merlukan nshat serta pndangn yang bernas dr tuan hji..

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum
    Telah pun saya cuba kesemua cadangan, sebelum ini, tapi malangnya kurang berkesan.

    Maka, saya cuba cari jalan penyelesaiannya dengan Encik Google yang menemukan saya dengan blog ini.

    Saya telah salin perenggan di bawah tajuk 'Anda Masih Mengantuk?' pada sehelai nota kecil dan tampalnya di dinding.

    Sekiranya saya hilang fokus, saya akan membaca nota itu. Kemudian saya akan menatap ke luar tingkap, mengkagumi keindahan penciptaanNya. Alhamdulillah, sehingga sekarang saya akan berasa segar kembali untuk belajar. Saya harap methode ini akan terus berkesan bagi saya.

    Rakan-rakan bloggers boleh mencuba. Terima kasih untuk blog yang bermanfaat ini :)

    BalasPadam
  14. GOOD ADVICE . SAYA TAKLAH SELALU MENGANTUK MASA BELAJAR . TAPI MENGANTUK KALAU BELAJAR SORANG2 . RASA BOSAN TAPI TAKUT KALAU TAK STUDY. TERIMA KASIH SEBAB BERKONGSI ILMU .

    BalasPadam
  15. Rumah saya pernah terbakar, gara2 tertidur.

    BalasPadam
  16. Blog ini kurang menarik sebab tulisan yang anda gunakan terlalu formal, latar belakang tidak berapa menarik serta warna tulisan itu tidak sesuai dengan latar belakang.

    BalasPadam
  17. maaf ini hanya untuk tugasan pe,belajaran "text yg digunakan terlalu formal dan latar belakang tidak berapa menrik untuk warna tulisan yg digunkan"

    BalasPadam