Anda sering mendengar ungkapan, "Kita hendaklah bersaing dengan diri sendiri," dalam program atau ceramah motivasi. Selalunya bila disebut bersaing, ia mestilah melibatkan dua pihak atau lebih. Bersaing dengan diri sendiri pun sebenarnya melibatkan dua pihak iaitu:
1. Diri kita yang zahir.
2. Diri kita yang ideal atau juga dipanggil roh atau jiwa kita.
Diri kita yang zahir sering melahirkan tabiat dan perangai yang lemah dan malas. Semua sifat negatif ada dalam diri kita seperti: malas, letih, dengki, kecewa, ragu-ragu, tidak yakin, marah, malu, bimbang, takut dan seribu satu macam perasaan negatif yang lain.
Untuk berjaya, maju, cemerlang, terbaik dan menjadi nombor satu, kita mesti meninggalkan sifat-sifat negatif ini dengan sedaya upaya kita dan bergerak menuju sikap idealistik seperti perfectness, bijak, cemerlang, berjaya, sentiasa berada pada kedudukan nombor satu, tangkas, excellent, pencapaian 100%, luar biasa dan sebagainya. Inilah diri kita sebenar. Inilah kemampuan kita yang sepatutnya.
Jadi setiap masa kita hendaklah bersaing dengan "diri kita" yang negatif ini untuk menjadi seorang "diri kita" yang terbaik.
Kalau kita bersaing dengan orang lain, kita akan menghadapi banyak masalah.
Masalah Bersaing Dengan Orang Lain
1. Kita akan kecewa jika kita gagal menyainginya.
2. Timbul sifat dengki dan iri hati.
3. Orang yang kita bersaing itu mungkin lebih lemah atau lebih negatif daripada diri kita.
4. Bersaing dengan orang lain ini lambat. Kita boleh pergi lebih cepat jika bersaing dengan diri sendiri.
5. Masa untuk bersaing sangat terhad sedangkan kita boleh bersaing dengan diri sendiri 24 jam.
6. Orang yang kita bersaing itu jauh daripada diri kita sedangkan diri kita adalah "orang" yang paling hampir dengan kita.
7. Setakat mengalahkan pesaing, belum menjamin kita menjadi terbaik.
Kehebatan Bersaing Dengan Diri Sendiri
1. Berlaku 24 jam termasuk ketika tidur.
2. Sasaran kita ialah ideal atau 100%.
3. Tidak memerlukan ruang, masa dan kos.
4. Menggerakkan tenaga minda sedangkan bersaing dengan orang lain sering melibatkan tenaga fizikal.
5. Bersaing dengan diri sendiri lebih mudah untuk menduduki tempat pertama.
6. Kepuasan hati dan jiwa apabila berjaya lebih kuat daripada kepuasan bersaing dengan orang lain.
Bagaimana Bersaing Dengan Diri Sendiri?
1. Baiki kelemahan diri.
2. Jangan buang masa.
3. Dapatkan kemahiran melalui seminar, kursus, pembacaan dan sebagainya.
4. Selalu bertanya dengan orang yang lebih tahu.
5. Sentiasa mujahadah dengan diri kita sendiri. Sasarannya ialah diri kita akan menang.
6. Sentiasa buat yang terbaik dalam segala bidang dan skop kerja.
7. Yakin dengan diri sendiri dan bantuan Tuhan.
8. Tinggalkan semua sifat mazmumah dalam diri.
9. Berani melaksanakan langkah bijak yang kita rancang.
10. Jangan berhenti selagi belum barjaya.
Bersaing dengan diri tidak bererti anda harus memencilkan diri atau menjadi "kera sumbang" di tengah kelompok kawan-kawan atau masyarakat. Perhubungan dan interaksi kita dengan orang lain berjalan macam biasa.
Bila kita betul-betul bersaing dengan orang lain misalnya dalam ujian, peperiksaan, acara gelanggang, pertandingan syarahan dan pidato, pertandingan melukis dan sebagainya, ini sebenarnya hanya persaingan untuk seketika untuk menentukan di mana kedudukan kita dengan orang lain.
Apabila pertandingan atau persaingan tamat, kita akan kembali sebagai diri kita yang asal dan proses bersaing dengan diri sendiri akan berjalan semula 24 jam sebelum bertemu kembali dalam persaingan gelanggang yang akan datang.
Kalau anda sudah bersaing dengan diri anda 24 jam, maka dalam persaingan dengan orang lain anda akan meningkatkan kedudukan dan diri anda hingga anda akan berjaya mendapat kedudukan nombor satu!
Selamat bersaing dengan diri anda sendiri.
Ahad, 11 April 2010
Selasa, 23 Februari 2010
TADABBUR ALAM DI GUNUNG
21 Februari 2010 (Ahad) saya ditugaskan mengetuai sekumpulan remaja dari Persatuan Belia Sri al-Ain (BERRSAMA) memanjat Gunung Datuk dalam daerah Rembau di Negeri Sembilan. Wah memanjat gunung? Sesuatu yang telah saya tinggalkan selama 29 tahun.
Paling akhir saya memanjat Adam's Peak (Puncak Adam) yang tingginya 2,243 meter dari paras laut di Sri Lanka pada tahun 1981 ketika berusia 26 tahun. Saya lakarkan pengalaman ini dalam kolum KEMBARA majalah SOLUSI no. 10. Di atas Puncak Adam saya menyaksikan apa yang dikatakan bekas tapak kaki Nabi Adam a.s. sepanjang 5 kaki 7 inci dan lebarnya 2 kaki 6 inci.

Pemandangan di Puncak Adam amat menakjubkan. Waktu matahari terbit bayang-bayang kita akan terpapar di permukaan gunung sebelah seperti sebuah layar gergasi. Dikatakan sebab itu Allah menurunkan Nabi Adam A.S. dari syurga ke puncak ini supaya baginda tidak terkejut dengan perubahan mendadak daripada keindahan alam syurga.
Baginda terpacak sebelah kaki selama 1,000 tahun di puncak itu meninggalkan bekas tapak kaki. Yang peliknya orang Kristian menuntut itu tapak kaki St. Thomas. Orang Hindu kata itu tapak kaki Sivan Adi Padham, tuhan Shiva mereka. Orang Buddha kata itu tapak kaki Buddha. Kaum peribumi Veddas kata itu tapak kaki tuhan mereka Samanala Kanda. Pening?
Di atas Gunung Datuk juga ada bekas tapak kaki, tapi dikatakan bekas tapak kaki kanan Hang Tuah. Saiznya seperti tapak kaki orang biasa. Tapak kaki kirinya terletak di Tanjung Tuan, Port Dickson, lebih 40 kilometer jauh. Bagaimana jadi begitu saya pun tak tahu, kecuali Hang Tuah itu wali Allah. Mungkin cuma satu mitos!
Waktu bersekolah di Sek. Men Datok Abdullah, Astana Raja, dari Remove Class (Kelas Peralihan - kelas anak Melayu sekolah rendah yang hendak belajar dalam aliran Inggeris di sekolah menengah) hingga Form Three, saya telah menjaki Gunung Datuk sebanyak lima kali. Saya kebetulan dalam kumpulan pengakap. Ada sekali saya mendaki bersama emak, yang ketika itu berusia 30-an.
Ketika belajar di Australia saya sering mendaki Gunung di belakang bandar Hobart di Tasmania dan di Canberra untuk bermain salji. Gunung-gunung ini kurang mencabar kerana kereta boleh sampai ke atasnya. Waktu menyempurnakan praktikal di sebuah lombong tembaga di Queenstown, Barat Tasmania, saya sering juga mendaki gunung botak di banjaran lombong itu.
Hari ini saya mengulangi pendakian 40 tahun dahulu. Apakah anda tidak rasa tercabar?
Apakah faedah mendaki gunung?
- Melihat kebesaran Allah SWT.
- Untuk kesihatan fizikal tubuh badan.
- Untuk latihan ketahanan paru-paru, kelancaran perjalanan darah, sistem saraf, pembinaan otot-otot, tulang dan sendi.
- Menguji daya tahan yang tinggi.
- Membuktikan daya juang.
- Menguji keberanian.
- Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri.
- Mempraktikkan konsep kerjasama dalam kumpulan.
- Melatih diri supaya peka kepada kebersihan dan menjaga alam sekitar.
- Menyuburkan sifat peri kemanusiaan.
- Latihan survival.
- Mewujudkan disiplin diri.
Untuk merealisasikan manfaat ini anda perlu melaksanakan beberapa aktiviti antaranya:
- Persiapkan diri lahir dan batin sebelum memutuskan untuk menyertai pendakian.
- Bersenam ringan sebelum memulakan pendakian.
- Makan pagi dengan sebaiknya untuk membekalkan tenaga yang mencukupi.
- Bawa kamera yang baik untuk mengabadikan gambar.
- Solat berjemaah Zohor dan Asar jamak takdim (jika perjalanan melebihi dua marhalah) di puncak gunung.
- Bawa barang keperluan sendiri, jangan membebankan orang lain.
- Bawa makanan dan perubatan seperti minyak angin, bam, minyak kuda dan minyak panas.
- Bawa air untuk berwuduk.
- Kongsi makanan bersama sahabat yang tiada makanan.
- Bergerak dalam kumpulan.
- Taat kepada arahan ketua kumpulan.
- Tepat menjaga masa dan menggunakan masa dengan sebaiknya.
Antara adab-adab dalam pendakian ialah:
- Jangan bercakap lepas, sombong, takabur dan bercakap besar.
- Jangan buang air kecil atau besar di pangkal pokok atau di tempat air bertakung.
- Jangan bergurau berlebihan.
- Jangan melakukan maksiat.
- Jangan berpisah daripada kumpulan.
- Jangan berada dan bergurau di tebing yang curam.
- Kutip sampah dan bawa turun.
- Jangan membawa barangan daripada dalam hutan sebarangan seperti batu batan, flora dan fauna.
- Jangan mementingkan diri sendiri.
- Tunggu ahli yang terakhir ketika naik dan turun.
- Bawa bersama ahli yang tercedera, sakit atau pengsan.

Foto: Solat berjemaah qasar dan jamak takdim di puncak bawah Gunung Datuk. Turut serta seorang Muslimah.
Akhirnya perjalanan dua jam itu, saya tamatkan dalam masa dua jam setengah. Saya yang terakhir sampai dalam kumpulan saya seramai lapan orang termasuk seorang Muslimah. Pendakian ini memang menguji daya tahan dan motivasi diri saya sendiri. Nikmatnya ialah apabila sampai ke puncak, menghayati pemandangan persekitaran yang indah, menikmati makan tengahari dan dapat solat berjemaah.
Hujung Mac kami akan mendaki Gunung Buah di Genting Highland yang dikatakan lebih sejuk dan dapat menghayati pokok-pokok bonsai. Anda yang ingin untuk turut serta sila hubungi urus setia KELAB TADABBUR ALAM GUNUNG Tel: 013-3596574.

Foto: Di puncak tertinggi Gunung Datuk bersama Nizam, seorang sukarelawan & penerbit (tengah) dan Faizal, pendaki profesional yang telah sampai ke
Gunung Everest.
Isnin, 25 Januari 2010
SEMENTARA MENUNGGU KEPUTUSAN SPM
Foto: Ini bukan anak-anak yang sedang menunggu keputusan SPM tetapi remaja yang sedang santai di Pantai LOSARI di bandar Makassar, Sulawesi Selatan. Di mana pun di atas muka bumi ini remaja mempunyai sifat yang sama. Saya tengah mengintai-ngintai untuk menyusun sebuah buku bertajuk "EMPAT PEMUDA TERHEBAT ZAMAN RASULULLAH SAW"Baru-baru ini saya bercakap dengan Ahmad Fitri Yahya dalam Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 tentang apa yang harus anda, anak anda atau adik anda lakukan sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM?
Sebelum 'on the air' Fitri sempat bertanya, "Tuan Haji ke mana buat misi kemanusiaan?"
"Minggu lepas baru balik dari Aceh," jawab saya.
"Apa khabar Aceh? Teringin nak pergi lagi," kata Fitri.
"Aceh baik-baik saja. Semua tanah dah hijau. Rumah-rumah dah siap dibangunkan. Anak-anak yatim saya pun dah besar-besar. Ada yang dah nak masuk universiti. Di Banda Aceh taman permainan kanak-kanak pun dah beroperasi," terang saya.
Bila program bermula kami bercerita tentang apa yang anak-anak harus buat sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM. Saya beritahu:
Masa menunggu keputusan pepriksaan SPM ialah selaan masa 3 hingga 4 bulan di mana anak-anak akan menapak ke tahap yang lebih tinggi:
- Masuk ke IPT dan akan menempuh sistem pembelajaran yang berlainan dengan apa yang mereka dapati di sekolah.
- Mungkin mereka akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan akan berpisah lama daripada keluarga, kawan-kawan, jiran, masyarakat dan negara.
- Mereka akan menapak ke alam dewasa dengan tanggungjawab dan persepsi hidup yang lebih matang dan mencabar.
Sebab itu, kata saya, anak-anak mesti menggunakan masa ini untuk membuat persiapan ke arah tahap tersebut. Antara persiapan itu ialah:

- Menguasai bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris dan mungkin bahasa ketiga misalnya bahasa Arab jika mahu melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah atau bahasa Jepun atau Korea jika ingin melanjutkan pelajaran ke negara Timur tersebut.
- Menguasai kemahiran komputer terutama dalam mendapatkan maklumat dan berkomunikasi.
- Kemahiran mengurus diri dan tidak bergantung kepada penyeliaan dan arahan dari orang lain seperti ketika mereka di sekolah menengah dahulu.
- Rasa tanggungjawab untuk menunaikan hak Yang Maha Pencipta iaitu solat lima waktu pada awal waktu dan berjemaah.
- Persiapan kemahiran berkomunikasi.
- Kemahiran mengurus rumah tangga terutama anak perempuan.
- Kemahiran membaca bahasa tubuh (body language).
Foto: Ini adik Hasan, 13 tahun, anak Vietnam, di rumahnya. Kami duduk di rumahnya 3 hari waktu misi kemanusiaan. Yang peliknya setiap kali saya lalu sebelah biliknya, dia sedang mutalaah walaupun ketika itu musim cuti sekolah! Anda bagaimana?
Anak-anak yang sedang menunggu keputusan peperiksan SPM,
Anda harus faham bahawa sekarang masanya anda perlu berdikari. Anda tidak lagi perlu disuruh arah oleh ibu bapa atau abang kakak. Anda bekerja untuk kepentingan diri anda, bukan untuk kepentingan orang lain. Anda bekerja untuk membangunkan diri anda, bukan memenuhi hasrat ibu bapa atau orang yang menjaga anda. Cuma apabila anda berjaya mengawal diri sendiri, maka secara automatik hasrat ibu bapa atau penjaga anda akan tercapai juga.
Untuk itu apa aktiviti anda sebelum keputusan peperiksan keluar?
Saya kata, "Boleh, tetapi mestilah bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan pelajaran sahaja. Elakkan bekerja sebagai buruh yang bermatlamatkan semata-mata untuk mendapatkan duit poket."
Untuk itu apa aktiviti anda sebelum keputusan peperiksan keluar?
- Cuba ikuti kursus dan seminar yang berkaitan.
- Beli dan baca akhbar bahasa Inggeris. Anda kata anda tidak ada wang. Anda beli sahaja akhbar harian "The Sun" yang berharga 30 sen atau kadang-kadang anda boleh dapat percuma.
- Beli dan baca buku pengetahuan, motivasi, agama atau sebagainya sekurang-kurangnya sebuah sebulan.
- Bertukar maklumat bermanfaat melalui telefon bimbit dengan kawan-kawan atau bekas guru.
- Ziarah dan tinggal dengan nenek di kampung, bapa saudara, sepupu atau adik beradik buat seminggu dua.
- Buat aktiviti mengembara, sukan lasak, beriadah atau berehlah.
- Tolong kerja ibu dan ayah terutama kerja yang berkaitan dengan kemahiran tertentu.
Saya kata, "Boleh, tetapi mestilah bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan pelajaran sahaja. Elakkan bekerja sebagai buruh yang bermatlamatkan semata-mata untuk mendapatkan duit poket."
Ada remaja yang mencari kerja di kilang, ladang kelapa sawit, tempat basuh kereta, restoran, kedai makanan segera dan pasaraya dengan gaji RM1.50 - 2.50 sejam. Di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh, gajinya mungkin lebih tinggi. Satu hari selama lapan jam dia akan memperolehi RM12 - 20. Sebulan 25 hari kerja dia akan mendapat pendapatan RM300 - 500.
Apa sangat yang dapat dikumpul dalam masa tiga hingga empat bulan. Pendapatan mungkin akan habis begitu sahaja setelah belanja makan, hiburan, membeli pakaian dan top up. Malah pendapatan itu tidak mencukupi bagi remaja yang merokok. Masa tiga atau empat bulan akan terbuang begitu sahaja.
Berlainan dengan pelajar kita di luar negara. Di Kanada umpamanya pekerja sambilan di restoren dibayar $10 sejam. Satu hari lapan jam mereka dapat $80. Sebulan 25 hari mereka dapat $2,000. Empat bulan mereka dapat $8,000. Itu bersamaan RM25,000. Menyimpan dan membawa balik amaun ini sudah mencukupi untuk buat duit hantaran kahwin!
Kalau anak-anak terpaksa bekerja sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM, mereka hendaklah diawasi sepenuhnya. Kalau boleh pagi-pagi sarapan bersama. Kemudian hantar mereka ke tempat kerja atau hantar mereka hingga keluar pintu pagar rumah. Kalau dekat, balik makan tengahari. Lepas kerja petang terus balik ke rumah dahulu walaupun nak keluar semula sebelah malam. Makan malam bersama-sama. Jangan sekali-kali 'remote control' sahaja.
Keburukan anak-anak bekerja tanpa pengawasan:
Minggu depan saya bercadang menghantar anak saya yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM, Muhammad Salman al-Farisi atau yang dikenali sebagai al-Irani Muhammad dalam facebook buat kerja kemanusiaan di Rumah Anak Yatim Sri al-Ain Darul Tahfiz di Aceh selama sebulan.
Anak saya ni, saya tanya, "Kenapa pakai nama al-Irani?"
"Bukan ke Salman al-Farisi berasal dari Iran? Beliau mengembara mencari kebenaran dan berjumpa Rasulullah SAW di sebuah kebun tamar di Madinah."
Semoga Salman mengikut jejak langkah sahabat ahli syurga ini.
Kalau anak-anak terpaksa bekerja sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM, mereka hendaklah diawasi sepenuhnya. Kalau boleh pagi-pagi sarapan bersama. Kemudian hantar mereka ke tempat kerja atau hantar mereka hingga keluar pintu pagar rumah. Kalau dekat, balik makan tengahari. Lepas kerja petang terus balik ke rumah dahulu walaupun nak keluar semula sebelah malam. Makan malam bersama-sama. Jangan sekali-kali 'remote control' sahaja.
Keburukan anak-anak bekerja tanpa pengawasan:
- Mudah terpengaruh dengan aktiviti kawan-kawan yang tidak sihat.
- Boros berbelanja.
- Menyeleweng penggunaan wang kerana baru berasa memiliki wang sendiri.
- Menghilangan minat untuk melanjutkan pelajaran ke IPT.
- Kurang masa untuk meningkatkan kemahiran tertentu.
Minggu depan saya bercadang menghantar anak saya yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM, Muhammad Salman al-Farisi atau yang dikenali sebagai al-Irani Muhammad dalam facebook buat kerja kemanusiaan di Rumah Anak Yatim Sri al-Ain Darul Tahfiz di Aceh selama sebulan.
Anak saya ni, saya tanya, "Kenapa pakai nama al-Irani?"
"Bukan ke Salman al-Farisi berasal dari Iran? Beliau mengembara mencari kebenaran dan berjumpa Rasulullah SAW di sebuah kebun tamar di Madinah."
Semoga Salman mengikut jejak langkah sahabat ahli syurga ini.
Langgan:
Catatan (Atom)
