Sabtu, 20 Jun 2009

THE POWER OF BRAIN


17 Jun 2009 (Rabu) 12.43 pm, Tatak menghantar SMS kepada saya bertanya:

"Abuya pernah tak mengalami keadaan apabila badan / jasad tidak menjalankan perintah yang diberikan oleh otak? Contohnya Abuya tengah drive nak ke suatu tempat. Dah pasti tempat tu (contoh: rumah) tapi akhirnya Abuya drive menghala ke tempat lain. Tapi bukan sebab tak tahu jalan. Bila dah sampai, baru Abuya sedar."

Foto: Ini anak angkat saya suku orang Asli Semab Beri yang tinggal di Kampung Merbau, Maran, Pahang. Namanya Dogol. Semalam saya singgah dan berjumpa dengan Dogol - memberi gula-gula kepada Dogol dan kawan-kawannya. Anda fikir Dogol mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang?

Saya menjawab:

Kadang-kadang berlaku juga. Ada 3 kes:

Kes Pertama:

Dulu waktu berulang-alik dari Sungai Jeluk, Kajang (rumah) ke Telaga Biru, Damansara (pejabat) seringkali saya tersasul hingga ke Nilai waktu pulang kerja. Tak jumpa simpang tol Kajang. Yang peliknya boleh drive macam biasa. Lebih pelik lagi saya tak pernah tersasul waktu pergi kerja.

Kes Kedua:

Dulu, waktu berbasikal dari rumah saya di Kg. Titian Bintangor, Linggi ke Sek. Men. Tengku Abdullah, Astana Raja, Kota yang jauhnya 30 km. saya pernah tersesat waktu pulang dari sekolah hingga sampai ke satu kawasan alam keliling hutan tebal yang tak pernah saya lalui. Waktu itu hari hampir senja kerana saya sekolah petang! Menyeramkan. Yang peliknya saya tak pernah tersasul waktu pergi sekolah.

Kes Ketiga:

Suatu ketika yang lain saya pernah tersesat hingga sampai ke suatu kawasan pelabuhan kecil yang tak pernah saya lalui waktu berulang-alik dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur.

Kesimpulan saya, ada beberapa sebab jasad tak mahu mengikut arahan otak:

1. Otak kita berpindah membuat kerja lain yang lebih seronok. Otak lupa untuk terus mengarahkan anggota jasad melakukan kerja asal yang sedang kita lakukan.
2. Otak letih. Otak berada di dalam keadaan separa sedar (sub-conscious mind).
3. Otak tak berfungsi seperti seekor haiwan. Sebab itu kita boleh drive tetapi tak tahu menuju ke mana seperti seekor itik melintas jalan dengan mengelakkan kereta yang lalu lintas.

Analisis Kes Pertama:

Saya terbabas hingga ke Nilai sebab otak letih setelah bekerja seharian. Saya sering mengantuk apabila drive pulang dari kerja. Sering juga park di tepi jalan dan tidur sebentar. Tapi otak separa sedar masih boleh mendengar dan melihat. Berbeza ketika pergi kerja apabila otak sentiasa alert untuk menghadapi kerja-kerja harian yang mencabar.

Jadi untuk mengelakkannya saya mengajar otak saya untuk alert dengan apa yang saya akan buat sesudah sampai di rumah atau rancang program malam ini. Dengan itu saya tidak pernah lagi terbabas. Malanglah orang yang mengantuk dan terbabas waktu pergi kerja! Menunjukkan anda tidak bersedua untuk menuju kecemerlangan.

Analisis Kes Kedua:

Waktu naik basikal pulang dari sekolah saya ada kerja lain yang lebih menyeronokkan iaitu mengulangi apa yang dipelajari dalam kelas tadi. Kadang-kadang saya menyebutnya dengan kuat supaya didengar oleh telinga dan mudah difahami. Kadang-kadang saya menghafal untuk pelajaran esok atau untuk peperiksaan.

Otak saya lebih memfokus kepada tugas ini dan lupa memberitahu tangan supaya membelok apabila sampai di simpang. Akibatnya saya terus ke hadapan melalui kampung seberang yang belum pernah saya lalui. Apabila saya tersedar saya tahu bahawa saya bukan dilalaikan oleh hantu jalan atau hantu senja cuma saya perlu perpatah balik ke belakang untuk bertemu semula dengan simpang yang saya tersasar tadi.

Analisis Kes Ketiga:

Dari Teluk Intan apabila sampai di Simpang Empat saya sepatutnya belok ke kiri ke Kuala Lumpur (ke kanan ke Bagan Datuh). Sebalinya mungkin entah ada apa-apa yang menggangu fikiran, saya terus sahaja ke hadapan menuju ke Hutan Melintang - jalan yang belum pernah saya lalui ketika itu.

Dan pelabuhan itu ialah pelabuhan kecil Hutan Melintang yang menjadi tempat pendaratan kapal-kapal dagang dari Sumatera. Ketika kejadian itu saya pening memikirkan bagaimana perjalanan dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur boleh melalui sebuah pelabuhan! Caranya sama, saya berpatah balik dan sampai semula di Simpang Empat.

The power of 'Brain'

Pernah saya menginap di sebuah hotel di Jerantut untuk mengendalikan Kursus Perguruan Asas seorang diri selama tiga hari untuk guru-guru kawasan Jerantut. Sebelum ke Jerantut saya sudah merasi bahawa saya akan demam. Sampai di Jerantut campak (chicken pox) mula tumbuh. Bagaimana saya mahu mengendalikan kursus selama tiga hari?

Saya pun mengarahkan otak saya supaya memberi arahan kepada badan saya supaya tahan campak itu daripada tumbuh dan kurangkan demam. Dengan bantuan beberapa jenis makanan panas saya mampu mengawal campak daripada tumbuh ketika memberi kursus selama tiga hari tersebut. Dan saya berjaya menamatkan kursus tersebut. Setelah menyampaikan sijil dalam majlis penutup saya balik ke hotel dan rehat selama satu hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Sejak hari itu saya bertambah yakin yang otak kita mampu memberi arahan untuk dipatuhi oleh anggota tubuh badan kita.


Foto: Ini latihan lasak yang dijalankan oleh komanden kem saya ketika mengadakan Kem Lasak Remaja. Peserta dilatih untuk membiasakan otak mereka berlatih keseimbangan tubuh badan dan menanamkan dalam otak mereka bahawa cabaran yang berbahaya dan ekstrim boleh dilakukan dengan cemerlang jika ada kemahiran.


BAGAIMANA MENGARAHKAN OTAK?


Yakinlah dengan apa yang anda arahkan. Arahkan perkara yang menasabah dengan kemampuan anggota badan anda. Jangan minta anggota badan anda berjalan di atas air atau membawa anda terbang. Anda mustahil boleh terbang.

Tapi saya pernah melakukannya. Saya berangan-angan hendak terbang kerana ingin melihat senario dan topografi Sungai Rembau yang mengalir di hujung kampung saya yang diberitakan membawa rombongan Raja Melewar mudik ke Seri Menanti dari Pagar Ruyung suatu masa dulu. Anda percaya saya mampu melakukannya?

Sudah tentu anggota tubuh badan saya tidak mampu membawa saya terbang. Tapi malamnya saya bermimpi saya betul-betul dapat terbang seperti seekor burung lalu meluncur sepanjang Sungai Rembau itu. Ada ketikanya saya terbang rendah hingga mencecah air sungai. Saya dapat menjamah air sungai yang segar itu. Saya akan tuliskan peristiwa ini dalam novel pertama saya yang akan terbit tidak lama lagi bertajuk "LAYAR". Tunggu kemunculannya.

Saya juga ada menulis tentang "The Power of Brain" ini dalam buku terbaru saya "RAHSIA MINDA HEBAT" terbitan Telaga Biru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan