Rabu, 18 Februari 2009

GAWAT EKONOMI GAWAT KELUARGA

Tidak benar sama sekali!

Ekonomi ialah pusingan kegiatan manusia sejagat yang berkala dan bermusim sedangkan keluarga yang kita bentuk ialah satu institusi yang stabil dan berterusan hingga membentuk generasi baru.

Kegawatan ekonomi jangan menggugat keharmonian keluarga anda.

Apa yang berlaku apabila ekonomi gawat?
  • Mungkin kehilangan pekerjaan.
  • Kekurangan sumber pendapatan.
  • Anda terpaksa berhutang.
  • Kos hidup meningkat.
Bagaimana menangani kegawatan ekonomi?
  • Jimat berbelanja, beli yang asas sahaja.
  • Buat kerja tambahan untuk meraih pendapatan kedua atau ketiga. Tahukah anda orang sekarang sedang mencipta pendapatan keempat dan kelima! Ada yang pendapatan sentiasa mengalir ke dalam akaun walaupun dia sedang tidur waktu malam!
  • Jual aset yang tidak perlu buat sementara waktu.
  • Berhenti hobi dan aktiviti yang tidak perlu.
  • Tinggalkan gaya hidup mewah.
  • Belanjakan tabungan atau wang simpanan dengan berhemah.
Bagaimana kalau anda dibuang kerja?
  • Cari kerja lain walaupun bidang yang berlainan. Dapatkan kemahiran baru. Tahukah anda bahawa akal kita mampu untuk memiliki sehingga 120 jenis kemahiran. Anda baru memiliki berapa jenis kemahiran?
  • Sanggup bermula dari bawah walaupun gaji kecil.
  • Sanggup bekerja ikut syif.
  • Isteri yang tidak bekerja carilah kerja untuk membantu pendapatan suami.
Peranan isteri dan anak-anak:
  • Fahami kondisi dan situasi suami dan bapa anda.
  • Jimat berbelanja: Makanan, pakaian, api, air, perbelanjaan harian, pengangkutan, yuran persekolahan, telefon bimbit, dll.
  • Beri sokongan moral dan material kepada suami dan bapa.
  • Sama-sama bersusah menempuh saat getir.
Ingat! Kegawatan ekomoni tidak akan berpanjangan. Bila kemarau berakhir, hujan akan turun.

3 ulasan:

  1. tak de alasan untuk dapatkan kejayaan..balajar dari kata2 yang ringkas tapi bermakna..nak seribu daya tak hendak sribu dalih..huhu..tapi bukan senang jugak nak lakukan..

    BalasPadam
  2. chayok.. tiada kata mengalah dlm hidup!

    BalasPadam
  3. hehehe,,kinah ade singgah ke?hehehe..
    Tuan,
    saya belum mula menulis lagi..tak pasti untuk janji dapat siapkan..tapi saya akan cuba..sekrang tengah agak sibuk dengan tugasan..dah letih dengan tugasan sampai keletihan nak cerna idea dengan baik walaupun ada..tapi saya akan cuba..terima kasih:)

    BalasPadam